Ya Rabb..

Ya Rabb..

Thursday, August 19, 2010

Fasa baru yang cukup INDAH





Hari ni hanya tinggal 25 hari, sy akan bergelar seorang isteri bt seorang Adam..berdebar-debar, namun tiap kali sujud, saya x pnh putus menitip sekeping doa, mg laluan kehidupan baru nanti, memberi sinar indah kepada hidup saya dan dirinya..mg kami berdua mampu meniti mehnah ujian yang mendatang seiring dan bersama-sama..sy ingin menjadi permaisuri yang bertakhta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya..

hmm..Bertepatan dgn firman Allah, tiap apa yg dijadikan itu tidak pernah dijadikan dgn sia-sia..kasih sayang dan maghfirah Allah x pnh putus..percaturan yang Allah tentukan sememangny begitu indah dan cantik..dr titisan airmata, Dia memberi ruang bahagia kpd sy..hadirnya dia mengetuk pintu hati, gelak tawanya yang cukup menghiburkan, indah tiap kali dikenang..perkenalan yang seketika sudah cukup bt sy yakin, tulusnya sekeping hati milik adam bernama mohd shakirin hasbullah..terima kasih abg..sbb sudi terima ema seadanya, sbb sudi bahagiakan ema..ema janji, ema xkn kecewakan abg..ema ingin menjadi isteri yang solehah, setia dan yg terbaik di sisi abg selamanya..

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.


Buat ummi abi tercinta, terima kasih kerana memilih jalan bahagia ini utk anakandamu..kakma janji kakma berusaha menjadi puteri yang solehah tuk umiabi dan hamba solehah tuk Tuhan Maha Pencipta..bt abg2 dan adik2 ku tcayunk, doakan kakma deh..love u all..=)

tak lupa, Ingatan tulus bt keluarga abg yin yg ema syg, terima kasih ats huluran kasih tuk ema..

~19hb Ogos~hati berbunga2..nk jumpe si dia. kekasih hati^_^

Tuesday, August 17, 2010

Antara cinta dan pengorbanan..part 1




suatu petang yang tenang..

Jiha duduk termenung di tepi jendela, jauh lamunannya, merenung ke dlm diri sedalam-dalamnya..suatu keluhan kecil kedengaran..
"knapa takdir ini yg ditentukan untukku, kenapa aku??" mutiara jernih berguguran jatuh di pipinya yang putih kemerahan..
alunan lagu khatijah ibrahim, kupendam sebuah duka bagaikan menyanyi2 di cuping telinganya..

Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimpi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...


hatinya sebak kembali, puas diseka airmata yang mengalir, namun bagaikan tiada hentinya..kenangan lalu silih beganti..perkongsian kasih, disemai dan dibaja bertahun lamanya layu begitu saja..bkn sekadar layu, namun kesudahan yang begitu menyakitkan..

azie menjenguk di muka pintu..dia sedar shbtnya itu berduka..dia faham kemelut jiwa yang melanda shbt kesayangan itu..azie menghampiri Jiha, lalu memeluk bahu temannya itu..

"Jiha syg, sbrla..jgn menangis begini..hapuskan airmatamu tu, shbt..aku yakin, apa yg Dia tkdirkan ini terbaik utkmu..angplah ini sekadar mehnah kecil yg sedang mengujimu..Allah sedang melihat kesabaranmu..bersabarlah, syg..Itulah jalan Allah, indah pada waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita inginkan, tapi Allah memberi apa yang kita perlukankan.”
Azie menyapu mutiara jernih yang mengalir di pipi temannya itu..

Zie, terima kasih..ya, aku belajar erti cinta dan pengorbanan. Pengorbanan yang aku pertaruhkan ini, aku hrp agar ada sinar indah di hari muka..kau doakan aku ye.." Jiha cuba tuk mengukir senyuman indah tuk shbtnya itu..namun kelat, tlalu pahit tuk ditelan..

Jauh di sudut hatinya tidak putus berdoa..
Tuhan, andai ini takdir utkku, Kau kurniakan aku kekuatan..tuntunlah hati hmba kerdilMU ini, Tuhan..Ya Allah, kuatkan hati ini dlm merentas benua mehnahMu, aku bimbang karam di tengah-tengah samuderaMu..kuatkan ranting-ranting perjuanganku agar aku tidak goyah bila hadir ribut dugaan yang membingkis perjalananku, yang menyekat nawaituku, yang menghalang gerak langkah menyusur arahMu..
Qudusnya kasihMu, paut dan genggam erat2 diriku agar aku tidak jauh dariMu..amin..

~hidup ini tak selalunya indah, namun yang INDAH tetap hidup dlm KENANGAN

Sunday, August 8, 2010

...




Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun ada juga yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta telah terputus dari cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta dengan cinta-cinta yang lain. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada yang begini… pertemuan pun masih perpisahan. Tapi bila cinta itu diikat oleh cinta Allah, maka perpisahan pun bererti pertemuan.

kemudi hati~ustaz pahrol..

bicara hati utk dia





Seorang gadis menulis surat untuk calon suaminya dan menyimpannya di atas awan. Ini isi suratnya :

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
bakal suamiku dearie…
Apa khabarnya imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawalkan dengan syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini? Sudahkah air wudhuk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini tengah kau genggam?

abg, bakal suamiku…
Aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang utuh, hingga akupun bangga memilikimu kelak.
Apa yang kuharapkan darimu adalah ketulusan dan kjujuran. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, hanya sia-sia yang dapati. kerana aku bukan perawan yg indah rupa parasnya..aku sekadar seorang hawa yang sederhana..
Aku masih haus akan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada saat ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku.

Saat aku masih menjadi asuhan abi dan umiku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.
Aku ini pencemburu kuat. Tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai daripada aku, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.

Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah; “Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus berduri. Aku minta kepada Allah kupu-kupu yg indah, Dia beri aku ulat berbulu. Aku memberontak, aku kecewa.. Betapa tidak adilnya semua ini.
Namun kemudian kaktus itu berbunga, sangat indah sekali. Dan ulat pun berubah menjadi kupu-kupu yang teramat cantik. Itulah jalan Allah, indah pada waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita inginkan, tapi Allah memberi apa yang kita perlukankan.”

Calon suamiku yang di rahmati Allah…
Apabila hanya sebuah pondok menjadi bahtera pernikahan kita, takkan ku namai dengan pondok derita. Karena itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih.

Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita, Bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah SWT.
Bunga akan indah pada waktunya. Iaitu ketika semuanya mekar menghiasi taman. Maka kini tengah kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.
Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak.

Calon suamiku…
Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kini kuhadapi. Kelak saat kita tengah bersama, maka disitulah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.

Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu, hingga aku hembuskan nafas yg terakhir

Aku yakin kaulah yang aku perlukan, tuntunlah aku bersama dlm menggapai cintaNya..

Muslimah perindu syurga^_^

Friday, August 6, 2010

Mencari permata di kalangan adam..



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

~Ya Allah, permudahkan laluan hidup kami dlm menuju cintaMu..

hawa..




Pada hari penciptaan wanita.. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

* SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

* PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

* Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

* TiTiSAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN..

hargailah seseorang wanita dlm hidup kte..umi, ma, ibu, mami atau apa skalipn pgln tuk mereka..
sayangi diri kita, hargai diri kita, hormat diri kita..^_^
kerana dirimu begitu berharga..

Sunday, August 1, 2010

termetri sebuah janji..











Khamis, 31julai 2010
bersamaan 19 syaaban 1431
bisikan hati~moga cinta yang kami sulam menjadi hamparan kasih yang abadi..