Ya Rabb..

Ya Rabb..

Friday, September 24, 2010

Membina rumah tangga syurgawi

~love u forever and ever~
Salam ukhwah untuk semua..

Hari ni saya nk berkongsi lagi 10 tips membina syurga dunia antara suami isteri..mcm penceramah bebas la plak kn..hehe..(tapi klu nk tau, suami sy mmg layak dpt gelaran tu, sbb klu dia berkata2, aduhai mmg terpaku..kagum sgt dgn kata-katanya yg slalu memotivasi diri)^_^

Kita sambung lg 10 tips membina rumah tangga syurgawi :

11. tidak lokek dengan kata-kata pujian tanda kita menghargainya
12. memberi hadiah
13. membantu pekerjaan dalam rumah tangga
14. memberi perhatian kepada keluarga mentua
15. memujuk pasangan apabila dia sedang beremosi
16. mengambil berat ketika dia sakit
17. meminta pertolongan dgn cara yang baik
18. berpada dan reda dengan apa yang ada, pemberian pasangan
19. berhias
20. berakhlak mulia ( diri kita cermin peribadi untuk pasangan)

Shbt2, selain tu, saya juga ingin berkongsi beberapa pantang larang dlm hubungan suami isteri :
  • berlebih-lebihan dlm memberi gambaran dan pujian yang mengiurkan tentang org lain
  • melontarkan kritikan pedas dan tdk menghargai pendapat pasangan
  • mencela usaha dan kebaikan yang dibuat olehnya
  • mengangkat suara dengan keras
  • membazir-bazir harta pasangan
  • mengungkit-ungkit pemberian
  • menyambut kedatangan pasangan dgn pelbagai ungkapan masalah
  • isteri menampakkan auratnya pada lelaki lain..(ingt, akaun kita milik suami, kecian suami pnt2 cari nfkah, istri plak dok debit dosa dlm akaun suami)
  • membocorkan rahsia rumah tangga
  • berdusta
Sekadar perkongsian, jika kita seorang isteri, hargailah suami walau bagaimanapun keadaanya. cukuplah dgn apa yang mampu dia berikan dan jgn sekali-kali meminta apa di luar kemampuannya..

Hm, Teringat kata-kata yang terlalu indah daripada suami, yang membuatkan hati saya sebak dan terharu..Sampai sekarang, kata-kata itu sentiasa terngiang-ngiang..Saya genggam erat2 dlm kamar hati..

"Kalau handsome yang darling pinta dr abg, abg x mampu nak beri sbb abg bukannya seorang yg kacak atau encem..kalau kekayaan yang darling nak, abg juga x mampu nak bagi, sbb abg bukanlah businessman yang kaya raya, abg hanya sekadar penjawat awam biasa..TAPI...kalau KEBAHAGIAAN yang darling harapkan dari abg, insyaAllah abg janji kebahagiaan sepenuhnya yang darling kan dapat dari abg.."

~Sebak dan terharu..terima kasih abg..ema janji di atas tilam yang empuk mahupun di atas tikar yang kasar, kita akan duduk bersama, mengemudi bahtera rumahtangga ini sampai bila-bila~

Dan jika kita adalah seorang suami, tiada resepi paling berkesan utk bahagia melainkan kita mendekati ajaran agama dan memimpin seisi keluarga ke arahNya. moga cintamu berkekalan hingga ke syurga..

wallahualam..~zaujah abg

Thursday, September 23, 2010

Cinta itu anugerah..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum akhwat, ikhwan..

Rasulullah saw bersabda tentang sayidatina Khadijah r.h.a maksudnya :
"Aku telah dianugerahi rasa cinta kepadanya"
                       ( Ibnul Qayyim al Jauziah, Kitab l-Daa' wa al Dawa)

Cinta itu anugerah
Al-Hubb atau Al-Hibb maknanya cinta dan kasih sayang. Rasa cinta itu sememangnya suatu anugerah. Allah berhak mencampakkan perasaan indah itu ke dlm jiwa hambanya, Dia juga berhak menarik balik perasaan itu bila-bila masa yang Dia kehendaki. jadi, sebagai seorang hamba, kita seharusnya bersyukur dan sentiasa menjaga perasaan cinta itu agar ia sentiasa mekar dalam redha Allah..

Saya masih lagi dalam fasa-fasa hangatnya bergelar pengantin baru..hehe.(^_^)..Tiap masa rasanya indah berbicara tentang cinta bersama suami..saya bertuah memiliki suami yang baik hati, romantik dan cukup memahami..alhamdulillah..bertuah kn aima nazihah?hehe^_^

Kat sini saya nk berkongsi 10 tips membina syurga dunia..melalui pembacaan saya, buku "Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul", hadiah daripada ukhti tersayang, Siti Mardiah dan ehem2nya, En Qalbi sempena perkahwinan saya..thanks ye mar ng Qalbi..=)

Tips memiliki syurga dunia di dalam rumah tangga :
  1.  menjaga keberkatan
  2. memanjakan pasangan dgn panggilan yang disukainya
  3. selalu berkongsi rasa dan cinta
  4. bersegera  memenuhi permintaannya
  5. setia mendampinginya
  6. memberikan penjelasan dan menuturkan kata-kata manis
  7. bersedia mengubah tingkahlaku atau tabiat kebiasaannya
  8. menghidupkan salam
  9. tidak lokek mengucapkan terima kasih
  10. berpisah sementara dan menikmati rindu
10 tips tuk hari ini..aplikasi dulu, then kte smbung tips seterusnya hari-hari lain ye.=)

jazakallah..

salam~zaujah abg

Wednesday, September 22, 2010

Menikmati cinta halalmu


Saya bangga dgnnya, Dengan sekali lafaz yg lancar, saya kini menjadi miliknya yg sah..thanks abg..

 " Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah memasukkan kecintaan ini ke dalam hati para malaikat. Jika Allah membenci terhadap seseorang hamba, maka Allah memasukkan kebencian ini ke dalam hati para malaikat, kemudian memasukkannya pula ke dalam hati manusia"
                                                                                                                           ( Riwayat Anas)

~benar, walaupn perkenalan kami hanya seketika, namun apabila menginjak ke alam perkahwinan, saya semakin jatuh cinta dengannya..jatuh cinta dgn kebaikannya, jatuh hati dgn cara suami melayan saya..rindu makin hari makin merimbun, sayang makin hari makin mekar dlm taman hati..terima kasih syg..

Doa tuk pengantin..

Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair
"Semoga Allah memberi berkat kepada mu dan atasmu dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan"
                                                                                  (riwayat Abu Daud)

Seusai  solat mgrib td, seperti biasa, menjadi rutin tuk saya mmbaca Al-Quran bersama terjemahannya..ayat terakhir helaian yg sy baca td, menarik perhatian..terpaku seketika..ya, doa nabi Zakaria yg menginginkan zuriat yang soleh, lalu Allah kabulkan dgn menganugerahkan isteri Nabi Zakaria mengandungkan Yahya..

" Wahai Tuhanku, jgnlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik mewarisi"
                                                                                 (Surah Al-Anbiya : 21:89)

Walaupun usia pernikahan saya baru menginjak usia seminggu, tp x dpt dinafikan kerinduan untuk memiliki zuriat semakin merimbun mekar..titipan doa sentiasa membasahi bibir saya dan suami..anak-anak itu harta yang tak ternilai. ia menjadi saham akhirat yang paling berharga jika bijak dididik dgn iman. akhlaknya akan menyuburkan alam dgn warna-warni kerahmatan. doanya akan menjadi teman kesepian di alam barzark.. MasyaAllah, indahnya memiliki zuriat..lambat atau cepat, Allah swt lebih tahu hikmahnya..yg penting, terus positif, berharap dan bersangka baik dgn Allah swt. hati akan bahagia menghadapi apa jua kehendaknya..insyaAllah..

Terlalu indah..

Nape pejam mata, syg..hehe
Bahagianyaaa...
Rumah tangga itu syurga dunia jika kau bijak mencipta kebahagiaannya..

Tuesday, September 21, 2010

Pesona sebuah pernikahan

~kenangan terindah~
Bismillahirahmanirahim..
salam ukhwah tuk semua..

Alhamdulillah, kini genap seminggu saya bergelar zaujah bt suami tercinta..berstatus isteri, menantu dan Puan..ye, Puan Aima Nazihah..sy baru bertatih dalam sebuah fasa baru..fasa perkahwinan..masih jauh perjalanan yg bakal dilalui..nsht umiabi dan mentua sy pegang erat2 sebagai bekalan dlm diri..mg kami dikurniakan kesabaran yg kuat dlm menempuh segala mehnah yg bertandang nanti..

Terlalu indah tiap detik bersama..gelak tawa dan usikannya cukup menenangkan jiwa yg resah, mengusir segala lara yg terpendam. Abg selalu ckp, "you are my wife, my friend and my strength". Tiap kali teringt kata2 indah tu, sy tersenyum sorg2..insyaAllah, sy tekadkan hati tuk jd seorang teman hidup terbaik tuk dirinya..thanks syg, kerana sudi membahagiakan diri ini..saya ingin menjadi isteri solehah, penyejuk mata dan penawar di hatinya bt selamanya..insyaAllah.


Kalau dulu cinta bergelora bagai deruan ombak menghempas pantai, kerana berlabuh mencintai seorang insan yang belum tentu lagi menjadi milik kita, tapi sekarang cinta yang bergelora itu semakin tenang ibarat ombak yang berlabuh di pantai yang landai..alhamdulillah, hikmah sebuah perkahwinan itu adalah suatu ketenangan..anugerah ketenangan yg sukar ditukar ganti..

Berjauhan? sayu hati bila mengucup tgn suami saat dia bertolak pulang ke kelantan smlm..saya cuba menahan mutiara jernih ini mengalir di depannya. saya xnk suami susah hati..tp airmata ini gugur juga tatkala keretanya hilang jauh dr pandangan..hm, Kalau dulu, saya hanya seorang pelajar, tapi kini bezanya saya seorang pelajar dan isteri. Saya kembali ke jitra utk meneruskan sisa-sisa perjuangan. Biarpun jasad berjauhan, tapi hati tetap melekat, hmpir dgnnya.. Saya dipagari dgn nasihat-nasihat suami yang menginginkan kebaikan pada diri saya. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana dikurniakan jodoh yang baik, yang dapat mendorong saya utk memperbaiki diri ke arah yg lebih baik. Tambahan lagi, semangat utk belajar begitu membara, bahkan saya begitu mengharapkan agar dpt menghadiahkan kejayaan yang bermakna utk suami, ummi abi dan mertua.

Di sini, saya titipkan ucapan teristimewa bt keluarga tercinta, umi abi, abe2, kakak2 ipar, adik2 trima kasih tuk segalanya..begitu juga tuk ma, abg2 ipar, kakak2 ipar dan ank2 sedara yg comel2, trima kasih sudi menerima kehadiran diri aima sbg ahli baru dlm keluarga .

Buat shbt2 yg sudi hadir memeriahkan mjlis, terima kasih yg amat..bt akhwat tersayang~ mah, anie, kema dan anna..trima kasih ats khdiran kalian..tolong ema byk sgt..terharu2..cayunk korg sgt2..ukhwah kita selamanya.doakan kebahagiaan aima dan abg yean ye..(^_^)


Friday, September 10, 2010

ku ada kamu..

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

cm best je lagu adira ni..khas tuk si dia..=)

Thursday, September 9, 2010

Syawal tiba jua..

Ramadhan kini melabuhkan tirainya..semoga Allah menerima segala amalan mulia kita sepanjang tarbiyyah ramadhan yang lalu..insyaAllah..

alhamdulillah, semua muslimin muslimat kn mnyambut kedatangan syawal esok..10hb september 2010..salam lebaran tuk sume shbt2..(^_^)

berlalu sudah ramadhan, kini tiba syawal disambut girang..lebih2 ank2 kecik..mst depa son0k sgt nk raya..serba serbi baru..mkn biskut raya, ketupat, lemang..dan yg paling best dpt duitttt raya..tingat zmn knk2 ribena dlu..blik kg, mst tolong arwah tok ayah bt ketupat gne daun tebu..tok ayah ajar cmna nk ikat ketupat..windunyee..='(..(moga roh arwah dtmpatkan dlm golongan hmba beriman, ameen)

Then, antara kenangan yg xleh lupa, time raya je, sakan pusing kg, bjalan2 ng abe2 ng cousin2 yg best tu sbb nk g beraya..mkn biskut raya biase2 je, klu best sgt, masing2 letak dlm poket baju raya..haha..then tgu tuan umah bg duwet raya..dpt 2 kupang, da sonok..tp klu dpt 5 kupang...waa sume mlompat son0k..hahaha..mmg kenangan terindah..(leh tersenyum sorg2 ble tingat)..

hmm..tinggal 4hr je lg, mjlis sy kn berlangsung..mkin hmpir, rs mkin goyah..hmm, bkn goyah sbnrnye, cme risau, takut..mampu ke nk pikul amanah dlm usia 23 ni..tp insyaAllah, mg si dia sbr menuntun tgn ini mnuju cinta yg diredhai..ameen..