Ya Rabb..

Ya Rabb..

Monday, October 4, 2010

Layanz lagu2 lama..^_^

Salam semua..^_^
Hm..apa ye nk masukkn dlm entry kali ni..Nak share lagu2 lama la..1 lagu fav cik abg sy..hm, nk ckp fav pn, myb x kot..tp abg skela nyanyi lagu ni klu time call..(like3)..Apa khabarmu di sana..Then lagu yang sy ske dgr, Bila rindu Kusebut namamu..ecewah..jiwang karat..hehe..dedikasi khas buat suami tercinta..mohd shakirin hasbullah..cyg abg juta2 lemon..hihi^_^

BILA RINDU KUSEBUT NAMAMU~SITI FAIRUZ

Tanpa ku sedar aku tersebut namamu
Mengapakah hanya dengan tiba-tiba
Aku pun menjadi rindu
Dan wajahmu ku terbayang
Adakah engkau pun begitu merindu
Bilaku rindu aku tersebut namamu
Bila ku resah ingin rasaku bertemu
Aku jadi tak menentu
Menunggu kehadiranmu
Mengapakah lama hilang tanpa berita

 Apa khabarmu di sana kekasihku
Semoga engkau tak lupa padaku
Jangan biarku merindu
Jangan biarku tertunggu
Sepinya di hatiku menunggumu..
Bilaku rindu aku tersebut namamu
Di dalam mimpi aku dibelai olehmu
Indah sungguh percintaan
Indahnya berkasih sayang
Betapa aku merindu kepadamu


 APA KHABARMU DI SANA~RAMLAH RAM

Apa khabarmu di sana
lama sudah dah berjumpa
lama sudah ku menunggu
khabar berita darimu
apa khabarmu di sana sayang
apa khabarmu di sana sayang

andai kau sedang berbahagia
jangan lupa diriku
hati ini dan cinta ku
tak pernah berubah
andai kau sedang merinduku
datanglah kau padamu
hati ini dan cinta ku
hanyalah untukmu

bila dengar lagu ini
ingatlah segera padaku
kirimkanlah berita padaku
untuk diriku yang merindu
apa khabarmu di sana sayang
apa khabbarmu di sana sayang


wif luv ~istimewa dr zaujah abg^_^


Friday, October 1, 2010

Antara cinta dan pengorbanan..part 2


Indah rasanya bersimpuh di situ, merenung ke dalam diri, menghirup udara senja. Deruan ombak bagaikan melodi indah menyapa telinga..Jiha menarik nafas sedalam-dalamnya. Terasa tenang jiwanya. Bebanan masalah yang menghimpit diri selama ini dibuang jauh-jauh..

"Aku ingin mulakan hidup baru". Dia menyelak lembaran diari yang sekian lama ditinggalkan. Hmm,membuka diari itu bermakna dia membelek kenangan-kenangan lalu. Lipatan sejarah yang menggamit kenangan lampau..Airmata yang mula bertakung disekanya..Pergilah sepi..
"Tuhan, kuatkan hati ini menempuh raujau yang telah Kau hamparkan untukku. aku tak ingin menangis lagi", bisik hati kecilnya.

Kini, banyak telah berubah. Laluan hidupnya penuh warna-warni yang menghiasi. Dia bahagia, gembira dengan insan-insan kesayangan yang sentiasa hampir dengannya. Kalau dulu, airmata dan diari teman setianya, kini tiada lagi semua itu. Jiha telah bersedia melontar semua itu jauh dari kamar hidupnya. Dia tidak ingin kenangan silam mengetuk memori mindanya lagi. Dia tak mahu memori lampau menjadi penghalang kebahagiaan yang dikecapinya kini. Biarlah apa orang bercakap tentangnya, biarlah apa cemuhan yang dilontarkan untuknya. Hm..biarlah mereka..Mereka tidak mengerti kemelut hatinya, tiada siapa merasa kepahitan yang dia telan sendirian..Dia tidak perlukan simpati dari mereka..Dia tidak mahu menagih belas dari sesiapa. Dia belajar erti redha dan dia telah  lama bersedia sebenarnya.
"Mulut orang, memang tak akan berhenti. Biarlah aku dengan hidup aku, ada aku kisah," Jiha tergelak kecil, ayat "ada aku kisah" dari Din Beramboi tu terasa lucu bila diungkapkan.

Dia tahu, kawan-kawan lama sibuk bercerita tentang dirinya. Mereka seolah-olah mempertikaikan mengapa terlalu cepat kasihnya berubah arah, mengapa terlalu cepat cintanya terkubur layu. Kenapa tidak, hubungan dia dengan Emy dulu terikat utuh dlm fikiran kawan-kawan mereka. Bukan sekejap hubungan mereka, 6 tahun menyulam kasih, menyemai sayang.  Tapi, apa yang mampu Jiha katakan, mereka tiada jodoh. inilah ketentuan Illahi. Dia hanya insan kerdil yang tiada daya. Takdir menentukan dia bukan milik Emy, tetapi milik Adam, insan yang sah bergelar suaminya sekarang. Jiha bertekad untuk menjadi isteri yang terbaik dan solehah. Dia sedar, dia memikul amanah yang besar seusai lafaz ijab kabul. Walid telah menyerahkannya sebagai isteri kepada Adam.

Bayu senja menyapa lembut pipinya yang putih kemerahan itu. Dingin..Indahnya ciptaan Tuhan. Indah sekali tatkala senja berlabuh dengan warna kemerah-merahan menghiasi dada langit. Kanak-kanak masih riang berkejaran di gigi pantai. Seronoknya menjadi mereka. Tidak ada apa yang perlu digusarkan, tidak ada apa yang perlu menjadi beban fikiran. Dia mengerling jam di tangannya. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Hm, Dia perlu pulang sekarang. Mesti ibu dan walid mencari-carinya di rumah. Adam, suaminya kerja malam hari ini. Jadi, dia masih bersama-sama Ibu dan Walid, tempat menumpang kasih dari kecil sampailah usianya sekarang. Tidak pernah kurang walau seinci kasih yang kedua-dua ibu bapanya curahkan walau dia kini berada dalam tanggungjawab Adam.

Adam, seorang lelaki yang hadir dalam hidupnya atas aturan orang tua. Namun, kebaikan, layanan dan kasih sayang yang dicurahkan insan itu benar-benar mengetuk pintu hati wanitanya. Dia mula jatuh cinta, jatuh hati pada insan yang kini halal untuknya.
"Abang, Jiha serahkan hati dan jasad ini ke pangkuan abang agar abang mampu tuntun dan didik Jiha menuju cinta ke syurga. Jika Jiha buat salah, guriskan hati abang tanpa Jiha sedar, tegurlah Jiha. Jiha cintakan abang, Jiha ingin hidup bahagia bersama-sama abang dan zuriat kita sepanjang hayat Jiha", masih terngiang kata-kata itu pada malam pertama mereka.

"Emy, aku doakan kau bahagia walaupun bahagia itu bukan aku yang curahkan", hatinya berbisik lagi.
.
Jiha menyeka mutiara jernih yang makin deras mengalir. Dia memanjat setinggi syukur atas percaturan hidup yang ditentukan pencipta untuk hamba kerdil sepertinya. Dia bangun, tersenyum memandang pantai yang masih berlagu riang bersama-sama ombak yang tak pernah jemu dan tetap setia menemani.
" Aku bukan lagi sendiri, suamiku kan sentiasa di hati" Hari-hari yang dilalui penuh bererti . Kini, tiada lagi hujan di dalam hati. Dan kini jua, dia telah temui pelangi yang sekian lama dinanti..


nukilan indah~zaujah abg^_^

Thursday, September 30, 2010

Ukirlah sekuntum senyuman

 Bismillahirahmanirahim..salam
Rasulullah saw.  bersabda,
فقال: (وتبسمك في وجه أخيك صدقة) رواه الترمذي وصححه ابن حبان.
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” 
                                                                  Riwayat At Tirmidzi


Senyum itu pengubat lara, senyum itu penghapus duka..senyum tu jgk tanda kita bahagia^_^
Dalam fisiologi, senyum adalah ekspesi wajah yg terjadi apabila suatu gerakan di bibir atau kedua hujungnya..(ececey^_^)

Kdg2, manusia skrg lokek sgt dgn senyuman. Apa slhnya apabila berselisih dgn kwn2 ataupun dgn sape saje, kita ukirkan satu senyuman indah utk mereka. Cuba bygkan, apa perasaan kita bila kwn2 membalas senyuman kita? mst rasa tenang ng happy kn? apa perasaan kita kalau berselisih ng kwn2, masam mencuka je..(org kelate oyat mase cetung jah)..aduhai, mst kita jadi serba x kena..nape ng dia ni?aku ade buat slh ke?dia mrh aku ke? x pasal2 hari yg patutnya bermula dgn ceria bertukar jadi mendung..(jo'on, sy ske guna word ni skrg sbb 1st vocab sy blja dr husband..hehe)..lebih sedih lg, kalau jo'on terus bertukar menjadi hujan..(mcm saya la, cpt risau..ee, x ske2..mst nk menangis kalau org treat kita camtu)


Senyum bukti cinta tulus dan persahabatan yang murni. Ya, seuntai senyuman mempunyai pengaruh yg besar dlm hidup bermasyarakat..

"Engkau jgn sekali-kali meremehkan kebaikan sedikit pn, bertemulah dgn saudaramu dgn wajah yg ceria"
                                                                                                                          (Riwayat Muslim)

Walaupun tika berduka, Tersenyum dan menampakkan raut wajah ceria saat bertemu org itu bukanlah munafik dan malah merupakan keharusan masyarakat demi mengeratkan hati, menebarkan rasa sayang dan menanamkan cinta kasih..

Jadi, KONKLUSINYA...ukirlah sekuntum senyuman indah walaupun anda sedang berduka..hiasi duniamu dgn warna warni kehidupan yg indah^_^

wallualam~zaujah abg^_^

Wednesday, September 29, 2010

Kakma sayang sgt adik

Salam..
Sambil buat keje mlm ni, saya sempat chatting ng adik kesayangan sy, anis auni..biasanya sy kan buat status ~busy~ kt ym klu tgh bt keje..kononnya nk fokus tnpa gangguan luar..hehe..tp bila adik ckp dia tgh sedih sgt sy curious la kn..nape syg,?? apa yg mengganggu hatimu..hmm..

Adik ckp, dia rindukan sy..dia sedih baca blog sy..dia ckp sy makin jauh dari dia, mcm dia dah xde dlm hati sy mcm dulu..
Ya Allah, terkejut sgt bila adik kua statement gitu..mengalir terus airmata ni..sy tanya, nape dia ckp gtu..sy nk dia tau sy tetap sayang dia sbg permata hati, mutiara hati sy, adik bongsu ksygn sy dr dia kecik2 till bila2..dia membesar depan mata sy..


ingt lg, betapa epinya bila call abi, abi ckp umi beranak ank pmpuan..yela kn, sy sorg2 pmpuan dlm keluarga time tu, ada 5 org hero, bila dpt adik pmpuan..epi sgt2 Tuhan je tau..sbb tu dia manja sgt ng sy..cuma..myb pas kawen, sy busy sket, tp tetap keep in mesej ng call dia..cme x sekerap dulu..maafkan kakma dik..kakma x sangka kakma dah buat adik terasa hati..


Sy mtk mf ng dia, try pujuk dia, sy nk dia tersenyum semula..xmo la nangis2 lg ye syg..
KAKMA SAYANG SANGAT ADIK 
Dia kalau senyum comel sgt..sebab adik sy sorg ni mmg sweet..baru year 3, tapi dah pandai bergaya..bila da besar, mst cun melecun dr kakma..hihi..^_^

ANIS AUNI
Hmm, bila dia luah gini, alhamdulillah..at least sy alert..sy tekadkan hati tuk jadi insan terbaik tuk insan2 kesayangan sy..sy nk jd kakak terbaik tuk adik2 sy,  sy nk jd adik terbaik tuk abg2 ng kakak2 ipar sy, sy nk jd anak terbaik tuk umiabi, sy nk jd menantu terbaik tuk mentua ksygn sy dan semestinya sy bertekad tuk jd seorang istri terbaik dan solehah buat suami tercinta sy..
insyaAllah, mg Allah mmpermudahkan laluan kebahagiaan sy..ameen..


Tuesday, September 28, 2010

Untaian kasih

"Menjadikan cinta pasangan itu sebagai ibadah akan memenuhi kekosongan jiwa, mendorong kebaikan, membuka pintu kasih, mencurahkan rahmat Tuhan dan tiket bertemu semula di syurga"

cinta itu fitrah..F.I.T.R.A.H

F :     Fikiran. membersihkan minda dan berkembang menjelajahi dunia cinta
I  :     Inspirasi : mencari role model yang ideal dlm bercinta
T :     Teknik : pencinta tahu apakah teknik yang diaplikasikan dlm membina cinta
R :     Respons : pencinta mengenal pasti maklum bls bg pembaikan dan refleksi diri
A :     Aplikasi : pencinta belajar dan mengamalkan ilmu yg dipelajarinya
H :     Hamba : pencinta membina cinta sesama manusia dan menjadi hamba yg mencintai Allah
Semaian kasih, belaian rindu

Sememangnya perkahwinan memberi ketenangan dan menambah kasih sayang..
firman Allah swt :
"Antara tanda-tanda kekuasaannya adalah dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung merasa tenteram kpdnya dan dijadikan kasih sayang. sesungguhnya terdapat tanda-tanda bagi kaum yg berfikir"
                                                                                            ( Al- Rom : ayat 1)

wallahualam~zaujah abg^_^

Cinta pheromone..

Bismillahirahmanirahim..Assalamulaikum..
Island Hopping
Hati berbicara lagi..coretan hati merungkai rasa seribu erti..Bahagianya bersama abg selama 3hr yg lps..awal pernikahan aritu, kami sempat ke langkawi..sat ja, tp penuh kenangan..island hopping..best..^_^..weekend lps, kami ke kL..bermalam umah abe dad kak unie kt nilai..sonok..abe dad bt tapai..kagum..=)..hehe..first time mkn tapai ng eskrim, rs pelik je mulanya, tp suami ckp tryla, sedap..so tryla kn..hmm mmg sedaaap..10 markah tuk abg..credit tuk abe dad gk, sbb tukang buat..hehe..^_^..then, smpat sgah umah abe apis kt banting..tq sume..=)..

Hm,  rs xnk balik jitra, nk dok ng abg je..tp x boleh2..perjuangan belum selesai..masih ade sisa yg perlu diteruskan..suami ckp, "Darling kena byk bersabar, kuatkan hati..perpisahan sementara je, nanti dah sampai msnya, kita kn dok bersama-sama"..saya tersenyum, pandai suami memujuk..terpujuk hati menahan sebak nk berpisah..thanks syg..hm..kesian abg, kul 3.30 pg bru sampai kelantan..tmbh2 abg oncall hari ni.sebak ble pk pengorbanan suami..='(..ya Allah, kurniakan suamiku kekuatan, kesihatan yang baik dan ketenangan dlm urusan hariannya..ameen..

Smlm, dalam kereta on da way balik ke jitra, kami berborak tentang ikatan bau bdn dan cinta..rasa cm best je dok berkepit ng si dia..24 jam pn xpe..hehe..sy tergelak ble suami ckp dia dah knal bau istri dia..ye, sy pn rs sesuatu yg sama..bkepit dgnnya, rs ssuatu yg menyenangkan, tenang..rs makin bertambah cinta..hihi..^_^..(gatai la plak)hmm, sy tanya pndapat suami..dia ckp, tu namanya cinta pheromone....hm, cmna tu ye..

Cinta pheromone?hm..pnh terbaca, tp ingt2 lupa..bagaimana sains mentafsir individu itu jatuh cinta dgn pasangan yang menjadi suaminya hari ini? sbnrnya, pheromone adalah horman yang membantu mewujudkan tarikan antara dua individu..ia mcm saluran komunikasi cinta peringkat awal..hehe..horman ni dihasilkan drp kelenjar bdn manusia yg mempengaruhi otak dan hormon lain dlm tubuh..cthnya tndakblas seseorang pd bau bdn..suara rasa yg bernama cinta mampu mengubah biologi manusia? kalau secara saintifiknya, cinta seimbang memberi kesan biologi manusia. otak manusia tidak stabil secara sendiri. ia dicipta dgn keadaan ia memerlukan input atau bahan dr luar secara kerap dan teratur bagi menstabilkannya. Oleh itu, kestabilan irama tubuh kita, sistem imunisasi, penghasilan hormon, gerakan jantung dan arteri tidak berlaku begitu sahaja dgn input dalaman sedia ada..ia memerlukan input dari luar, iaitu org lain sekitar kita..

menarik kn info ni? sy pn dgn excited nya, try google beberapa info psl pheromone..satu fakta menarik, Dr Thomas Lewis, Uni California..sekiranya kita benar-benar merancang tuk hidup kekal sihat, sudah pasti dgn memiliki cinta yg seimbang dlm kehidupan melalui ikatan perhubungan..kajian juga mendapati bau bdn seseorang mempunyai keunikan tersendiri. ia mjadi identiti yg menarik prhatian. Pheromone mampu mwujudkan perasaan suka, cinta dan tarikan antara jantina..sbb hormon pheromone btindak bls dgn hormon estrogen pd pmpuan dan hormon testosteron yg mberi kesan kepda kaum lelaki..

Sekadar perkongsian tuk tmbh ilmu akhwat ikhwan..=)..mg2 ade manfaat tuk kte sume..

Moga cinta yg kami sulam ini menjadi hamparan kasih yang abadi..
wallahualam..^_^

Saturday, September 25, 2010

Menanti hadirnya..

Salam..


Hm...nk tulis apa ye pagi ni, hmm..bangkit2 subuh tadi, mata ni segar2 sgt..pas solat, ngaji Quran, trus ngadap teman setia..sbnrnya smlm xlena tdo pn..tdo2 ayam..excited sgt agaknya.. ^_^
Excited? Kenapa?? Actly, hari ni, suami sy akan dtg lg menjenguk istrinya kt jitra ni..xsabar menanti hadirnya..lumrah berjauhan, beginilah..rindu sgt2..baru je berpisah 4 hr, tp rindu ni membuak-buak..aduhai, hati..kamu sabar ya..(ala2 sabahan plak, hehe)..

Suami ckp, blog saya skrg penuh ng ayat2 jiwang, bunga2, puitis..hehe..saya phm, dia menghargainya tiap bait yg saya tujukan untuknya..namun, jauh di sudut hati, dia gusar..dia risau saya leka..sbb sy knal benar ng suami, dia seorang yg cukup particular tentang study2 ni..(hm, abg jgn risau ye, syg..luahan rasa, coretan hati ini bagaikan satu terapi pengubat rindu ema. Bila jari rancak menari di atas keyboard ni, ema rs kan rindu yang terpendam ni bagaikan sampai kepada abg yg jauh di sana kerana abg kn pembaca setia blog ema, hehe)

moga perjalanan abg nt dlm barakahNya..ameen..rindu dia, syg dia..^_^