Ya Rabb..

Ya Rabb..

Wednesday, October 13, 2010

I miss him..

Bismillahirahmanirahim..

Hati tak pernah luak berbicara tentang cinta, rindu dan sayang..Pesona sebuah pernikahan benar-benar mengajar sy erti rindu dan cinta yang sebenar..rindu padanya tak pernah padam, sentiasa membuak2.."abg, ema rindu abg..ema rindu sgt2"..


Minggu lps, sy berkunjung ke rumah abg ipar kt nilai, seronok dpt jumpe mntua, ipar2 dan knal sedara2 baru..smpi je kt umah, sy disambut oleh adik kesygn yg tgh main ng kwn dia merangkap ank sedara sy, si comel arinie. skenye dpt jupe dik auni, terlepas rindu..hr open house plak, sy epi sgt ng khadiran buah2 hati sy, abe apis, abe chik, kak zah ng si kecik zakwan..tp yg paling best mstla sbb hubby sy pn ada bersama..^_^..3hr bersama rasa x cukup tuk lps rindu..sampaikan bila saat abg hantar sy ke stesen bus bukit jalil, sy x dpt nk tahan sebak dlm kete..kalau awal2 dlu, sy masih mampu menahan airmata jatuh di hadapannya, kini sy x mmpu lg..sy menangis..dan bila bus bergerak meninggalkan dia yg melambai sy, airmata menitis lg..dlm bus, sy menangis semahu-mahunya..teresak2..sampaikan bila abg call, sy x mampu bersuara sebab esakan yg menjadi2..
Ya Allah, kurniakan aku kekuatan tuk hadapi ujian kasih sayang ini"

Hari ahad berpisah, hari Isnin jumpa lg..sebak terharu ng abg sbb sgup dtg lagi jenguk sy kt jitra..sepanjang dlm bus, mmg sy byk menangis, smpaikan bdn rs lemah sgt, nk demam..tp bila suami dah ada depan mata, demam jd kebah trus..hmm, ni namanya demam rindu..hehe..suami mmg doktor cinta hati sy..diri dia dh jd ubat paling mujarab tuk demam sy tu..^_^..bahagia sgt dpt spend 2hr ng abg..memorable..tiap ms ng dia sy angp kenangan manis..trima kasih abg..syg abg sgt2..


Esok, 14 Oktober 2010, genap sebulan pernikahan saya ng suami..alhamdulillah, hati saya benar-benar diulik bahagia..Perhatian dan kasih sayang yg suami berikan buatkan sy cukup bertuah memilikinya..Bersama si dia, gelak tawa xpernah putus..ada saja gayanya yg mencuit hati..sense of humour..awet muda la sy kn sbb ati selalu happy, selalu ketawa..Laughter is the best medicine^_^

My Lurve
Istimewa buat suamiku tercinta, terima kasih atas huluran kasih yg abg berikan tuk ema..insyaAllah kita kn bersama-sama membina sebuah keluarga syurgawi..moga cinta yg kita sulam ini menjadi hamparan kasih abadi..love you forever and ever, baby..


zaujah abg^_^

Monday, October 11, 2010

Bila ajal menjemput

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum sahabat-sahabat

Berbicara tentang saat kematian, sememangnya sesuatu yang menggetarkan jiwa manusia kerdil seperti kita. Namun. perjalanan hidup kita di dunia tetap akan sampai di garisan penamatnya sebelum kita meneruskan langkah perjalanan ke alam kekal. Dunia hanya persinggahan sementara, tempat kita mengumpul segala bekalan tuk dibawa ke sana. . Entah bila ajal itu bakal menjengah, tiada siapa yag tahu, hanya Dia, Pencipta yang Maha Esa..

 "Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman
     kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Maha kuasa
     atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan
     hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu
     yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia
     Maha mulia lagi Maha Pengampun" 
(Surah Al-Mulk [67]1-2)

Sekadar perkongsian tuk entry kali nie..Kepada diri yang masih leka, hanyut terkapai-kapai dlm lautan hiasan dunia..Sama-sama kita perbetulkan niat, ikhlaskan hati dlm setiap amalan, penuhkan diri dgn bekalan akhirat sebanyak mungkin..Ingatan tuk diri saya sendiri, dan tuk akhwat ikhwan sume..insyaAllah..


100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali :

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

sumber : http://www.Tausyiahislamiyyah.co.cc/

Akhwat ikhwan, Yakinlah dengan janji Allah,

"Sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu
     daripada dunia" 
                                        Surah Al-Dhuha [93]: 4
 
 "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan bahwa
     Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka meneguhkan
     pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada
     mereka (dengan mengatakan), 'Janganlah kamu merasa
     takut dan jangan pula bersedih, serta
     bergembiralah dengan surga yang dijanjikan Allah
     kepada kamu."
                                        Surah Fushshilat (41): 30
 
 

~Dimana bumi dipijak, di situ perintah Allah dijunjung"
Wallahualam..zaujah abg^_^

Wednesday, October 6, 2010

Saat Lafaz Sakinah

Titik bahagia

Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan. Temuilah bahagia ketika kita mencarinya. 



Carilah bahagia yang ada di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya. 


Dalam perhubungan, jangan mencari titik persamaan, tapi carilah titik keserasian. Hidup saling melengkapi antara kita dan si dia..

zaujah abg^_^

Tuesday, October 5, 2010

Bila tinta berbicara

Bismillahirahmanirahim..

Bila tinta berbicara
maafkan aku andai mengguris rasa..

Sahabat, 
semalam..
kita bergandingan bersama
Erat berpimpinan menyusuri denai itu
penuh onak duri pancaroba
kita masih mampu tersenyum ceria
menyingkir resah, gusar dan duka

Kau ajar aku erti pengorbanan
kau tunjuk kau erti persahabatan
tangis dukaku bukan sendirian
dalam bertatih memburu impian

Namun kini
badai melanda ikatan kita
ombak menghakis gelora rasa
kita bagai berbenteng yang tiada hujungnya
kasih yang teruntai terlerai akhirnya

Aku rindu
rindu ikatan dahulu
kita semai benih keikhlasan
merimbun mekar
berdaunkan ketulusan
yang tegar berdahankan kemesraan
yang berakar umbikan nilai keimanan
kita baja dengan kasih sayang

Sahabat,
walau hati ini retak seribu
aku kutip, ku cantum menjadi satu
kerna ukhwah itu
takkan pernah hilang di kalbu

Dengarlah rintihan hati ini
sayu mengharap kau kembali
kesal yang bertapak kubuang pergi
kerana kasihku tak pernah bertepi

zaujah abg^_^~~sekadar kenangan..secebis nukilan sajak yg sy deklamasikan dalam satu pertandingan kt ipda tahun 2008 kot..dah lupa..hehe..

Monday, October 4, 2010

Layanz lagu2 lama..^_^

Salam semua..^_^
Hm..apa ye nk masukkn dlm entry kali ni..Nak share lagu2 lama la..1 lagu fav cik abg sy..hm, nk ckp fav pn, myb x kot..tp abg skela nyanyi lagu ni klu time call..(like3)..Apa khabarmu di sana..Then lagu yang sy ske dgr, Bila rindu Kusebut namamu..ecewah..jiwang karat..hehe..dedikasi khas buat suami tercinta..mohd shakirin hasbullah..cyg abg juta2 lemon..hihi^_^

BILA RINDU KUSEBUT NAMAMU~SITI FAIRUZ

Tanpa ku sedar aku tersebut namamu
Mengapakah hanya dengan tiba-tiba
Aku pun menjadi rindu
Dan wajahmu ku terbayang
Adakah engkau pun begitu merindu
Bilaku rindu aku tersebut namamu
Bila ku resah ingin rasaku bertemu
Aku jadi tak menentu
Menunggu kehadiranmu
Mengapakah lama hilang tanpa berita

 Apa khabarmu di sana kekasihku
Semoga engkau tak lupa padaku
Jangan biarku merindu
Jangan biarku tertunggu
Sepinya di hatiku menunggumu..
Bilaku rindu aku tersebut namamu
Di dalam mimpi aku dibelai olehmu
Indah sungguh percintaan
Indahnya berkasih sayang
Betapa aku merindu kepadamu


 APA KHABARMU DI SANA~RAMLAH RAM

Apa khabarmu di sana
lama sudah dah berjumpa
lama sudah ku menunggu
khabar berita darimu
apa khabarmu di sana sayang
apa khabarmu di sana sayang

andai kau sedang berbahagia
jangan lupa diriku
hati ini dan cinta ku
tak pernah berubah
andai kau sedang merinduku
datanglah kau padamu
hati ini dan cinta ku
hanyalah untukmu

bila dengar lagu ini
ingatlah segera padaku
kirimkanlah berita padaku
untuk diriku yang merindu
apa khabarmu di sana sayang
apa khabbarmu di sana sayang


wif luv ~istimewa dr zaujah abg^_^


Friday, October 1, 2010

Antara cinta dan pengorbanan..part 2


Indah rasanya bersimpuh di situ, merenung ke dalam diri, menghirup udara senja. Deruan ombak bagaikan melodi indah menyapa telinga..Jiha menarik nafas sedalam-dalamnya. Terasa tenang jiwanya. Bebanan masalah yang menghimpit diri selama ini dibuang jauh-jauh..

"Aku ingin mulakan hidup baru". Dia menyelak lembaran diari yang sekian lama ditinggalkan. Hmm,membuka diari itu bermakna dia membelek kenangan-kenangan lalu. Lipatan sejarah yang menggamit kenangan lampau..Airmata yang mula bertakung disekanya..Pergilah sepi..
"Tuhan, kuatkan hati ini menempuh raujau yang telah Kau hamparkan untukku. aku tak ingin menangis lagi", bisik hati kecilnya.

Kini, banyak telah berubah. Laluan hidupnya penuh warna-warni yang menghiasi. Dia bahagia, gembira dengan insan-insan kesayangan yang sentiasa hampir dengannya. Kalau dulu, airmata dan diari teman setianya, kini tiada lagi semua itu. Jiha telah bersedia melontar semua itu jauh dari kamar hidupnya. Dia tidak ingin kenangan silam mengetuk memori mindanya lagi. Dia tak mahu memori lampau menjadi penghalang kebahagiaan yang dikecapinya kini. Biarlah apa orang bercakap tentangnya, biarlah apa cemuhan yang dilontarkan untuknya. Hm..biarlah mereka..Mereka tidak mengerti kemelut hatinya, tiada siapa merasa kepahitan yang dia telan sendirian..Dia tidak perlukan simpati dari mereka..Dia tidak mahu menagih belas dari sesiapa. Dia belajar erti redha dan dia telah  lama bersedia sebenarnya.
"Mulut orang, memang tak akan berhenti. Biarlah aku dengan hidup aku, ada aku kisah," Jiha tergelak kecil, ayat "ada aku kisah" dari Din Beramboi tu terasa lucu bila diungkapkan.

Dia tahu, kawan-kawan lama sibuk bercerita tentang dirinya. Mereka seolah-olah mempertikaikan mengapa terlalu cepat kasihnya berubah arah, mengapa terlalu cepat cintanya terkubur layu. Kenapa tidak, hubungan dia dengan Emy dulu terikat utuh dlm fikiran kawan-kawan mereka. Bukan sekejap hubungan mereka, 6 tahun menyulam kasih, menyemai sayang.  Tapi, apa yang mampu Jiha katakan, mereka tiada jodoh. inilah ketentuan Illahi. Dia hanya insan kerdil yang tiada daya. Takdir menentukan dia bukan milik Emy, tetapi milik Adam, insan yang sah bergelar suaminya sekarang. Jiha bertekad untuk menjadi isteri yang terbaik dan solehah. Dia sedar, dia memikul amanah yang besar seusai lafaz ijab kabul. Walid telah menyerahkannya sebagai isteri kepada Adam.

Bayu senja menyapa lembut pipinya yang putih kemerahan itu. Dingin..Indahnya ciptaan Tuhan. Indah sekali tatkala senja berlabuh dengan warna kemerah-merahan menghiasi dada langit. Kanak-kanak masih riang berkejaran di gigi pantai. Seronoknya menjadi mereka. Tidak ada apa yang perlu digusarkan, tidak ada apa yang perlu menjadi beban fikiran. Dia mengerling jam di tangannya. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Hm, Dia perlu pulang sekarang. Mesti ibu dan walid mencari-carinya di rumah. Adam, suaminya kerja malam hari ini. Jadi, dia masih bersama-sama Ibu dan Walid, tempat menumpang kasih dari kecil sampailah usianya sekarang. Tidak pernah kurang walau seinci kasih yang kedua-dua ibu bapanya curahkan walau dia kini berada dalam tanggungjawab Adam.

Adam, seorang lelaki yang hadir dalam hidupnya atas aturan orang tua. Namun, kebaikan, layanan dan kasih sayang yang dicurahkan insan itu benar-benar mengetuk pintu hati wanitanya. Dia mula jatuh cinta, jatuh hati pada insan yang kini halal untuknya.
"Abang, Jiha serahkan hati dan jasad ini ke pangkuan abang agar abang mampu tuntun dan didik Jiha menuju cinta ke syurga. Jika Jiha buat salah, guriskan hati abang tanpa Jiha sedar, tegurlah Jiha. Jiha cintakan abang, Jiha ingin hidup bahagia bersama-sama abang dan zuriat kita sepanjang hayat Jiha", masih terngiang kata-kata itu pada malam pertama mereka.

"Emy, aku doakan kau bahagia walaupun bahagia itu bukan aku yang curahkan", hatinya berbisik lagi.
.
Jiha menyeka mutiara jernih yang makin deras mengalir. Dia memanjat setinggi syukur atas percaturan hidup yang ditentukan pencipta untuk hamba kerdil sepertinya. Dia bangun, tersenyum memandang pantai yang masih berlagu riang bersama-sama ombak yang tak pernah jemu dan tetap setia menemani.
" Aku bukan lagi sendiri, suamiku kan sentiasa di hati" Hari-hari yang dilalui penuh bererti . Kini, tiada lagi hujan di dalam hati. Dan kini jua, dia telah temui pelangi yang sekian lama dinanti..


nukilan indah~zaujah abg^_^