Ya Rabb..

Ya Rabb..

Monday, February 21, 2011

Melaka dan Seorang GurU?

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum tuk shbt2 yg msih sudi menjenguk blog yg serba serbi kekurangan nie.. 
Alhmdulillah, pejam celik pejam celik..dan berbekalkn semangat dgn jiwa yg agak kental (ecewah), rupanya minggu ni dh msuk minggu ke 3 bergelar seorang guru..NOW, I'M A TEACHER..mengajar Sek. Keb Bandar Hilir, boys school yg tgh2 bndar tue mmg menguji ketahanan fizikal dan mental sket..biasalah, nakal bdk2 laki ni 3x ganda kot dr pmpuan..sabar jelah..

Rumah sewa? Kereta? ingt lg awal2 aritu time just posted kt sini, sy menangis sgguh2..tertekan nk kne tgl, umah sewa dan trnsport xde lg..mmg terlalu sakit nk face time tu..tp msuk second week, evrythng sttled..alhmdulillah..bersama housemate baru yg baik dr ipg Penang..Azie ng kak fat..rumah sewa yg cukup selesa..amat2 selesa..dan myvi ku cyg..alhmdulillah, sume bjalan baik dlm rhmatNya..alhmdulillah, syukur..^_^

Mengajar? Actly blum lg dpt jadual scr officially..tp scara totalnya, sy kn mengajar subjek Science, Math, Pjk, Sivik dan PSv..huhu..dpt 5subjek trus..tp alhmdulillah, sy dpt mentor yg baik, peramah dan x lokek ng ilmu dan pengalaman..~org2 melaka nie best gk..setakat ni yg sy jumpe sume baik2 dan peramah..jiran sy kak odah yg ckup sporting^_^

Jauh dengan suami? Hmm..dugaan yg hebat sebenarnya..sy ni ratu airmata, bak kata kwn2 dulu la kn..mmg x dinafikn..menangis tu dh jadi bnde wajib b4 nk tdo..rindu+teringat..telatahnya, kelakarnya, senyumannya..sumenya..sy rindu sumenya tentang darling sy..sedeyyy..tp abg slu bg semangat. Dia sumber kekuatan jiwa sy..."semangat tuk ayg"..kata2 dgn gaya comel dia yg slu buat sy masih mmpu tersenyum dlm tangisan..you're so sweet darling..^_^




Doa yg slu ada dlm sujudku..mg diri ini masih kuat tuk face apa je ombak badai yg melanda..cinta pd profession perguruan ni xkn terbatas, niat suci yg mengiringi..dan mg kerjaya mulia ini dipermudahkn laluanya oleh yg Maha Esa..insyaAllah..ameen=)







Saturday, February 5, 2011

Bila diri teruji..

Bismillahirahmanirahim..
 
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB: "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling

tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

Surah Al-Imran ayat 139



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran

musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

Surah Al-Baqarah ayat 45



KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB: "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga

utk mereka...

Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

Surah At-Taubah ayat 129



KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB: "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr

rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

Surah Yusuf ayat 12

Tuesday, February 1, 2011

CERITERA KITA

Posted by Picasa

pOsting oh p0stiNG

Bismillahirahmanirahim..

28hb lepas, segala persoalan psl posting terjawab akhirnya. Penantian berakhir bila sume 1950 PISMP ambilan Jan 2007 selamat mndpt penempatan mengajar 2011. Alhamdulillah..but everything's really unexpected! dak2 gurl science mostly dpt melaka dan n9..yg dak2 boys malay plak hmpir sume tcmpak kt nun seberang..sabah sarawak..alahai..huhuk..saya yg bernama Puan Aima Nazihah ni pon, akhirnya tercampak kt Melaka, negeri yg xde dlm kepala pn akn ngaja kt sini..tp ni la yg dikatakan takdir..TAKDIR dan KETENTUAN..

Perasaan??

Mula-mula cmnie..


Pastu, lama-lama..

Bukan menangis je, siap meraung..tp sorang2 dlm bilik or toilet la kn..

Jujur dr hati, sy sedih bukan sbb pk kn diri yg tcmpak jauh sorg2..tp sy sedih sgt bila pk sy terpksa lepaskan tgjawab jaga makan minum dan pakai suami..rasa bersalah, rasa berdosa..sume bercampur baur..

Tapi,  kekasih hati pengarang jantung ni pandai memujuk..Tiap airmata yg menitis disekanya, pelukan hangat yg menenangkan jiwa yg memberontak ni..really supportive..

Btul kata abg, "Ayg dah penat2 blaja 5thn stgh tuk capai cita2 tuk bergelar seorang guru, skrg gelaran tu dah ada depan mata ayg..xkn sbb benda ni, ayg nk lepaskan gtu je..xpe syg, pergi dulu..nt kita ikhtiarkan ye"..

Lega, tenang dan makin tenang hati ni..sy tau abg sedih nk lepaskn sy..nmpk cool je, tp dlm hati tu..Tuhan je Tahu kn darling?huhu..ema pasti RINDU abg..PASTI !

Sekarang..da makin bersemangat..dah koya2 cmnela skolah nt, ckgu2 kt sana, then ngaja bdk2 comel2..alahai..ngeee~..caiyok2

then, tuk menmbahkan semangt tu lg, dah siap shopping brg2 dah pn..tq darling sbb blnje..hihi..^_^

 Apa pun, hrp2...sumenya baik2 saja kt sna nt..mg dpt kwn2 sekerja yg baik2 ht dan bleh bkjsama baik..hrp2 diri ni kuat tuk face apa je dugaan mendatang..jiwa kental..insyaAllah..^_^

To all my frenz, all da best..jaga diri baik2..keep in touch..^_^mg kita mampu buktikan Guru PISMP yg ditunggu2 hasil produknya ni, berkualiti tinggi gtu..peace~

wslm

Thursday, January 13, 2011

Tautan hati


Tuhanku,
Aku ingin menjadi lebih menghibur daripada dihibur
Aku ingin lebih memahami daripada difahami
Aku mahu lebih mencintai daripada dicintai
 kerana
dengan memberi aku menerima
dengan memaafkan aku dimaafkan
dengan cinta aku bangkit kembali
dan dengan cinta aku hidup abadi

Epilog hidup

Bismillahirahmanirahim..

“Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, jangan Kau letakkannya di hatiku…”

Meniti kehidupan, tentu saja byk liku2 yg perlu kita tempuhi. Kita bertatih, merangkak, berjalan dan berlari. Tapi selama mana kita kan terus berlari. Mungkin suatu ketika, kita rebah, dan merangkak menagih simpati..Simpati manusia? sampai bila? tapi carilah simpati dari Yang Maha Esa, Yang Maha Kaya..Dia yang Maha Mengetahui setiap degup jantung kita semua, Dia yang Maha Mengerti setiap inci langkah yang kita aturkan..

Tak dinafikan, kadang2 kita terlalu asyik dengan keseronokan dunia. "Bahagianya aku hari ini ! , Akulah insan yang paling bertuah!, biarkan aku dengan hidup aku!..macam-macamla kata2 yang keluar dari lubuk hati bila gembira bertandang..tapi pernah kah kita fikir, saat bahagia bertandang, bersediakah kita andai duka menjengah tiba2??

Mengingati kematian bukan bererti kita tinggalkan keindahan mentari dalam hidup..tapi, sebagai benteng untuk tidak terus leka dengan dunia sendiri..sebagai umat islam, Islam dan Iman adalah anugerah terbesar buat diri kita. Alhamdulillah..terlalu banyak ayat Al Quran yang mengingatkan tentang kematian..

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
                                                                                         ~Al Imran: 185~

"Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".
                                                                                    ~ Al Jumu'ah :8~

Ingatlah sahabat2..kematian itu pasti..sesuatu yang pasti untuk sekalian manusia. takkan bertangguh walau sedetik..

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
                                                                            ~ Al Munaafiquun :11~


 

Tanyalah dalam diri, andai kematian mejemputku esok, bersediakah aku?cukupkah bekalan yang harus aku bawa nanti? tentu jawapannya tidak bukan..saya yakin, tiada siapa yang berani untuk berkata, Ya cukup..

Ya Allah..ampuni dosa hamba kerdilMu ini, ampunilah segala dosa noda yang telah aku lakukan selama diri bernafas dengan udaraMu, ampuni dosa-dosa suamiku, kedua ayah bondaku, ahli keluargaku, dan saudara2 seislamku yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..ameen..




Saturday, January 8, 2011

Azam Baru

Bismillahirahmanirahim..

Salam ukhwah tuk semua yg sudi2 jenguk blog nie..

Hm, arini dah msuk 8hb Januari 2011..cepatnya masa berlalu..

2011?

Tahun baru? maybe x terlmbat lg tuk bercakap tentang azam baru..hehe..patutnya time gni, sy dan kwn2 ipg dah msuk skolah tuk posting, tp mgkin blum rezeki kami lg..so tunggu dan masih mnunggu..xpe.di sebalik kekeciiwaan sbb posting yg ttgguh, sy sonok bgelar suri umah..hehe..jadi suri rumah ni xdela mkne dok umah, goyang kaki je..dlm sehari2 sebenarnya byk bnde yg bleh dan kena buat.kemas2, care hal mkn pakai asben, main masak2..(tiap hr dok surf tnet, cari resipi baru..mcm2 nk try..haha).klu org tnye cuti x bosan ke??tp alhmdulillah, xpnh lg rsnya ati ni mengeluh penat ke, bosan ke..jawapannya sy sonok sgt..ye, berada di sisi insan tercinta..sape x sonok kn?..ecewahh=)

Azam baru?
insyaAllah..tahun ni, niat di hati..nak :

1. jadi hamba yg solehah buat Pencipta yg Esa, istri yg solehah bt suami tercinta, dan putri yg baik dan solehah buat ayah dan bonda..
~ nak baiki diri dari banyak segi :
* improve amal ibadah
* improve penampilan..myb pemakaian..kena jaga byk bnda..
* improve akhlak..insyaAllah


2. jd seorang tcer yg bdedikasi dan komited ble dah posting lg..(xsbr nk ngaja..nk jumpe bdk2 yg comey2 mcm kt prktikum dlu..hehe)

3. ada baby..alahai, klu la dpt twin..(hihi, berangan2..~~~=)..ameen

4. turunkan berat badan ke 45kg..sket je lg..dr 50kg aritu, skrg dah 47kg..sket lg..caiyok2


5. ada kete sendiri..(abg ckp da survey, tp tgula posting dpt mne dlu, bru ambik..) ~hrp2 dpt dkt2 je..xmo pisah jauh2..sob2

6. rumah impian..( tp dok ng maa pn dah sonok dah, tp nati2 kne independent gk kn )..xpe..x yah gopoh2..kayuh pelan2..tp nk pasang gk impian tuk thn ni ^_^

7. Psl blogging, sy dah psang niat, nk masukkn entry2 yg ilmiah sket..nk tglkn zmn jiwang2, tgkap leleh..kuikui..xmo dah la sedey2..nk epi2..kn dah mkin tua..bln 3 nt, umo dah 24tahun..zmn ank dara dah abes...ni zmn mak dara plak..opss..no no..zmn dewasa...gituu..=)

Hm..7 impian..mg cpt2 jd kenyataan..InsyaAllah sume dipemudahkan laluan olehNya..ameen..^_^