Ya Rabb..

Ya Rabb..

Saturday, April 7, 2012

alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..


ni Umar Khalif coming soon...hehe..koya ank mata biru la  plak...hahaha

Thursday, March 29, 2012

Diet progress

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

Entry kali ni nak share tentang diet progress..saya bukanla berdiet giler2 sampai x makan. tapi agak disiplin dengan Herbalife, "nutrition for better life.."hehe..tu moto herbalife ni..

my choco shake flavor..yummy

Jom, saya cite al kisah bersama HL ni..saya start ambik HL, only two products F1 and teamix pada 6 Mac 2012..(dalam diari tercatat ni, dgn berat 52.2 kg..)huhu..gemuuk..tp follow 2 hr je btul2..ble dah cuti balik kg, still ambik shake..kdg2 jela..tp mkn bertambah2, al maklumla dok ng fmly..mcm2 mkn..so akibatnya bila 18 Mac balik melaka, timbang smula..makkkk aiiii..dush2..berat saya 54.6kg...oh tidak..naik 2.4 kg..sedih yg amat..

Sedih mmg sedih tapi nekad nak ikut betul2 diet herbalife pasni..so start mkn semula shake2 yg cukup best tu pada 19hb..minggu tu sempat gak la jogging sabtu ahad..bersemangat puan aima ni bgn pg, semata2 nk jogging kn..klu dh matahari naik, segan la org tgk..adala dlm 6 round, kira2 3.6 km..abes skt bdn sebab dah lama x exercise..kuikui..

Cukup seminggu, pagi 26 Mac, timbang la kt skolah..alhamdulillah epi sgt2 sebab dh turun 4.1kg...yeyyyyyyyyy..akhirnya..berbaloi-baloi dh seminggu turun 4 kg kn..tp dlm mgu tu xdela diet sgt pn, smpat lg mkn kek besday yg kak ai adiahkn, mkn kueh tiew goreng tmyam kak onie msk..siap btmbah2 lg..haha..tp syukurlah kn..aritu hampir give up dh, tp alhmdulillah xsempat nk give up..hehe..so puan aima...teruskan usaha anda tuk capai aim yg dikehendaki..43kg..dgn bmi 18.2..insyaAllah..usaha tangga kejayaan..=)


the Question dat asked by my coach everyday.
.tut..tut..message : Have you had your shake today?hihi

Wassalam

Wednesday, March 21, 2012

air untuk buang lemak?

Assalamualaikum..

Ok, kali ini saya ingin berkongsi artikel mengenai bagaimana air boleh menguruskan badan anda semua, yang dipetik daripada harian metro..air oh air..alhamdulillah since byk baca psl kpntingan air ni, sy dah bjaya belajar minum air kosong at least 3 liter sehari..AT LEAST..awal2 tu, siksanya..klu dulu nk mnum 500ml sehari pn liat..tp kan, alah bisa tegal biasa..=)
Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.
Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.
Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.
Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.
Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.
Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.
Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.
Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.
Satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.
Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.
“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.
“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.
“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.
“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.