Ya Rabb..

Ya Rabb..

Monday, August 30, 2010

pelangi selepas hujan..

Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam.

" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "

" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "

" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "

" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "

" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "

Jawabnya, SENANG.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.

" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "

~iluvislam.com

Friday, August 27, 2010

Ujian itu didikan Tuhan..




Makin hampir destinasi yg dituju, makin banyak mehnah menjengah..kdg2 buatkan saya terduduk dan menangis..hati berbisik..mengapa sukar tuk puaskan hati semua org?teruk sgtkah aku ni??

tiap kali sy rs lemah dan hilang pgantungan, sy cuba pujuk hati dgn firmanNya yg sy pegang erat kt hati selama ni..

" Dan jgnlah kamu merasa lemah dan jgn pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu org yg beriman"
~Al-Imran 139~


tp, mampukah aku?hati berbisik lg..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Dia mdpt pahala dr kebajikan yg dikerjakannya dan dia mdpt seksa dr kejahatan yg dperbuatnya"
~Al-Baqarah 286~


kalam Kemudi Hati, seolah2 menyedarkan saya dr tangisan itu..seka airmatamu, aima nazihah..


Ujian adalah satu didikan Tuhan’. Tuhan sedang mendidik manusia melalui manusia. Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah dan orang yang menjadi punca ujian kita adalah guru kita. Ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripadanya. Hadapilah ujian ini dengan mencari maksud di sebalik takdir Allah ini.


Jangan mengeluh, kenapa manusia lain jadi begitu, begini … itu selamanya akan melekatkan kaki kita pada anak tangga ujian itu. Jangan memberontak, kerana kita tidak dapat mengubah realiti… dan kita terjun dari anak tangga yang anda berada sekarang. Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya. Aku tidak akan menunggu hingga semua manusia jadi baik barulah aku menjadi baik. Yang penting aku cuba jadi yang manusia yang baik.

Ingatlah, tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan, menenangkan diri kita sendiri.

Kita telah menghapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa kita. Kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan. Dan inilah maksud didikan Allah ketika menjadikan manusia ujud secara bersama (co-existence) di atas dunia ini. Mungkin hikmahnya, agar manusia belajar sesama manusia untuk merasa kesan didikan-Nya!

senyum..^_^..kerana senyuman itu penawar duka..betul x??^_^

Tepuk dada, tanya IMAN?




Ramadhan datang dan pergi. Apakah kembara hidup kita terus dinaungi oleh teduh keberkatannya? Tahun demi tahun, apakah kita semakin menghampiri takwa yang menjadi tujuan dan destinasinya? Atau ia terus memecut, berlalu… meninggalkan kita yang masih bertatih mengejar kemuliaannya. Entah bila ajal kita bakal menjengah, kita x tahu entah bila nyawa ini kn terhenti..

cukupkah bekalan yg menjadi tabungan kita selama kita diberi kesempatan menghirup udara pagi, menikmati indahnya cahaya mlm sang rembulan?

Dan Ramadhan seterusnya tidak sempat kita cecah walau secebis rahmat, keberkatan, maghfirah, apatah lagi Jannah yang menjadi tagihannya.


Dalam meniti kesibukan harian yg xpnh berkesudahan, Terlalu cpt rasanya, Ramadhan berlalu setelah ia membuka tirainya.. Sedar tak sedar dah separuh Ramadhan dah kita lalui. Macam mana perkembangan amal dan taqwa? Adakah semakin bertambah?
tepuk dada, Tanya iman..

Dan kini, kita semakin hampir dengan sepuluh malam terakhir..mampukah kita menjadi tetamu pilihan Allah utk mengintai tirai dan merasai nikmat indahnya malam al Qadr..

Lailatul Qadar..malam yg mnjadi dambaan para mukmin perindu syurga..

Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
Surah al-Qadr: ayat 1 hingga 5)


Sahabat, usah bertangguh lagi..tiba masa untuk kita memecut, memecut mencari mardhotillah..muhasabah diri, penuhi sisa-sisa Ramadhan yg masih berbaki ini dengan amalan-amalan yg mendapat redaNya..

Percayalah, selangkah kita menghampiriNya, sejuta langkah Dia mendekati kita..tanya hati, Apakah roh Ramadan ini akan terus menerangi bulan-bulan kita seterusnya..

Wednesday, August 25, 2010

ramadhan..++++ buka pose..^_^










kelmarin buka pose ng kwn2 sains 1 batch..best after seharian pnt seminar ng CETREE..~Centre for Education and Training in Renewable Energy and Energy Efficiency..tq 2 Prof. Dr. Haslan Abu Hassan from USM for sharing ur knowledge wif us..
bt kete solar..ilang pnt sbb sonok ble tgk kete yg terhasil tu bgerak..hehe

arini bukak pose ng clasmte yg best ng meal yg best..
kak una, kak jaja, mat, mizie, pjan, krul, cerah, ng jaha..
mg ukhwah kita till ble2..

Monday, August 23, 2010

kEnaNgan..



kuala perlis~buka pose PISMP SAINS 1

Tinggal beberapa lama je lg, sy ng kwn2 sekelas kn berpisah dan bawa haluan hidup sendri..kami bagai adik beradik, membesar 5thn stgh bersama-sama..
july 2005 ~ nov 2010..
byk sgt kenangan, suka duka, gelak ketawa dan menitis airmata..

jalinan ukhwah yg kita untai bersama in mg trus kukuh x dihambat leh waktu yg memisah..
kawan2, trima kasih ats kenangan2 ni..
hgpa suma mmg bestttttttttt ! ^_^

Saturday, August 21, 2010

meniti hari-hari bahagia..













BAHAGIA?
ye, dibuai perasaan indah yg begitu membahagiakan..
sukar tuk diungkap dgn kata2..namun hakikatnya, apa yg Allah takdirkan ini terlalu indah..

19 ogOs 2010~21 ogOs 2010..abg, thanks for dis meaningful moment..

Thursday, August 19, 2010

Fasa baru yang cukup INDAH





Hari ni hanya tinggal 25 hari, sy akan bergelar seorang isteri bt seorang Adam..berdebar-debar, namun tiap kali sujud, saya x pnh putus menitip sekeping doa, mg laluan kehidupan baru nanti, memberi sinar indah kepada hidup saya dan dirinya..mg kami berdua mampu meniti mehnah ujian yang mendatang seiring dan bersama-sama..sy ingin menjadi permaisuri yang bertakhta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya..

hmm..Bertepatan dgn firman Allah, tiap apa yg dijadikan itu tidak pernah dijadikan dgn sia-sia..kasih sayang dan maghfirah Allah x pnh putus..percaturan yang Allah tentukan sememangny begitu indah dan cantik..dr titisan airmata, Dia memberi ruang bahagia kpd sy..hadirnya dia mengetuk pintu hati, gelak tawanya yang cukup menghiburkan, indah tiap kali dikenang..perkenalan yang seketika sudah cukup bt sy yakin, tulusnya sekeping hati milik adam bernama mohd shakirin hasbullah..terima kasih abg..sbb sudi terima ema seadanya, sbb sudi bahagiakan ema..ema janji, ema xkn kecewakan abg..ema ingin menjadi isteri yang solehah, setia dan yg terbaik di sisi abg selamanya..

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.


Buat ummi abi tercinta, terima kasih kerana memilih jalan bahagia ini utk anakandamu..kakma janji kakma berusaha menjadi puteri yang solehah tuk umiabi dan hamba solehah tuk Tuhan Maha Pencipta..bt abg2 dan adik2 ku tcayunk, doakan kakma deh..love u all..=)

tak lupa, Ingatan tulus bt keluarga abg yin yg ema syg, terima kasih ats huluran kasih tuk ema..

~19hb Ogos~hati berbunga2..nk jumpe si dia. kekasih hati^_^