Ya Rabb..

Ya Rabb..

Saturday, May 5, 2012

Anak itu Khalifah

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

Semalam balik dari sekolah, rehat2 dpn tv, tgk Al-Hidayah..kali ni tajuk tentang pengisian  fizikal dan rohani..antara perbincangan yang menarik, bila ustaz tu cakap kepada ibu-ibu yang sedang hamil, ingat bahawa anda sedang mengandungkan seorang khalifah..jadi apa persediaan anda semua untuk membesarkannya sebab kita semua tahu tugas seorang khalifah itu sebagai hamba Allah yang taat menjunjung perintahNya, dan bakal memakmurkan bumi Allah taala ni..
Tersentak jap..ye, anak yang saya kandungkan ini adalah mujahid yang bakal memberi sumbangan kepada agama dan bangsanya suatu hari nanti..

Ustaz tu menegur tentang pemakanan ibu-ibu mengandung..ibu-ibu seharusnya peka dengan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak, bukan bila anak dah ada dpn mata shj, tetapi mstlalah dididik semasa anak di dalam kandungan lagi..kena ambik pemakanan sunnah nabi..ikut adab2 yg disarankan dlm islam..bukan ikut terjah je..takkan kita nak besarkan khalifah dgn pemakanan seperti McD, KFc..(opps, terkena batang idung)..


Ustaz tu jgk ckp, pemakanan yang baik bkn sahaja yang berkhasiat tuk jasad fizikal kita semata2, tapi masa pengambilan makanan tu kenalah selitkan sekali dgn pengisian rohani, nilai2 islam..cthnya ibu2 nk sediakan mknn tuk keluarga, kenalah mulakan bacaan bismillah, berzikir hembus2 sket dlm masakan tu....niat supaya makanan yang disediakan tuk suami dan ank2 diberkati..niatkan agar anak2 jadi anak yg soleh solehah, lembut hatinya, baik akhlaknya..bukan melalak2 smbil masak buka radio kuat2, nyanyi2 kan..hehe..kelakar la ustaz ni..lagi 1 ustaz pesan, peranan ibu bapa untuk ajar anak amalkan baca doa sebelum mkn, tidak meniup mknn, makan secara tertib mengikut adab-adab makan dalam islam..barulah anak terdidik dengan akhlak2 mulia..=)

 alhamdulillah peringatan yang amat baik..insyaAllah akan diamalkan ye ustaz..=)

bakal mujahid kecil ibu..=)
Ya Allah, rahmati dan peliharalah zuriatku ini selama ia berada dalam rahimku..sihatkan ia, sempurnakanlah perkembangannya..jauhinya daripada segala penyakit..jadikan dia anak yang soleh solehah, baik akhlaknya dan berguna untuk agama dan negaranya..aminn..

No comments:

Post a Comment