Ya Rabb..

Ya Rabb..

Thursday, November 22, 2012

Masalah "kecil" semasa hamil

Alhamdulillah, hari ni, baby dh genap 37w + 5 days (fullterm) di mana baby sudah matang untuk lahir ke dunia ini, Insya-Allah. Semoga saya diberi kekuatan dan kesihatan yg baik dan akan selamat bersalin dalam minggu depan atau minggu depan satu lg..hehe..dup dap dup dap..^_^

Jom nak share beberapa masalah 'kecil' yang saya hadapi. Walaupun masalah tersebut nampak kecil, tapi jika tak diberi perhatian yang sewajarnya, ia boleh menjadi serius. So, jom kita lihat apakah masalahnya. Sharing is caring ^_^


1. Pedih ulu hati / Heartburn
Pedih ulu hati?sebab Baby menendang ke ni???hahaha..sebenarnya, Ini disebabkan oleh timbunan gastric acid dalam perut. Perjalanan usus menjadi lebih lembap ketika hamil. uterus yang kian membesar menekan pada perut menyebabkan asid perut bertakung. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan atau kepedihan pada bahagian ulu hati.

so, Minum lebih susu dan pastikan perutnya tidak kosong dengan memakan makanan secara sedikit dan kerap. Jika masalah ini menjadi lebih teruk, rawatan yang khusus boleh diberikan dengan memberi ubat yang mengandungi Antacid seperti gelusil actal atau magnesium trisillicate.


2. Bengkak kaki / Edema
Masalah ni cm serius je bila kandungan sy menjangkau 34minggu..huhuk. maybe salah satu reason edema ni sy kena drive ulang alik ke sekolah yg agak jauh+berdiri lama masa ngaja la kan..sebenarnya edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Incik darling ckp, mcm sawan la..Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan. tapi klu ikut pengalaman org2 tua, klu sembab2 ni, nk beranak dh x lama..hehe..Incik darling pn ada ambik urine test kt wife dia ni, Alhamdulillah sume ok..fuh, lega…=)

Toxemia?? Haa, sbb tu Penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandungnya.

so, tuk kurangkan masalah ni, antara nasihat yg boleh disyorkan ialah berehat secukupnya, iaitu berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam. Seem look like a grandma, isn't right??hahaha..xpela..9bln je..Dan satu lagi, tinggikan posisi kaki semasa tidur anda ye..=)

3. Hb low
Masalah ni saya alami seawal pregnant..masa dok  Melaka dulu, klinik bg Obimin + Iberet..so sempat la hb ok..bila balik Kelantan, klinik tmpt check up bg vits hematonik asing2..folic acid, ferrous dan vits c..actly problem ni berlarutan sampai skrg..sampaikan MO suh saya telan vit. Iron tu 6bijk sehari..ambik kaw! Kena ambik darah tuk fbc test tu lg la kerap…tapi hb still low..dok average 9.4-10.4..jadi sekarang masih lg berusaha tuk naikkan hb..skrg saya try ambik obimin+ferrous setiap hr..tmbh ng makanan harian tuk naikkan hb cm daging, bayam kerang dan sebagainya..

4. Sakit pinggang dan belakang
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar.

Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin. so nk tgu nk bersalin ni, incik darling dgn rela hatinya jd tukang urut setiap mlm..baik kan hati suami saya?x plu mtk, kdg2 b4 tdo, abg kn ckp, "meh sini kaki tu..x pon, abg urut2 belakang"..aduhai, bestnya..lega sgt rasa..terharu pn ada..tq sayang..^+^


5. Tegang/kejang otot
OH, tidak..yg ni mmg x best..tapi alhamdulillah saya cramp dlm masa bape second je..Cramps atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan jika kerap berlaku. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika seseorang wanita itu hamil. Ia mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam darah. Dengan itu biasanya doktor akan memberi ubat kalsium dengan harapan boleh mengatasi masalah cramps ini. Pengambilan kalsium juga memberi manfaat kepada bayi untuk mengukuhkan tulang dan gigi.

6. Kulit perut pecah
Yang ni lagi xsukaaa..huhuk..Perut yang semakin membesar ketika hamil mengakibatkan kulitnya tegang dan pecah-pecah berjalur. Ini dikenali sebagai stretch marks. Sesetengah wanita mengalami masalah ini dengan teruknya kerana bekas stretch marks menjadi sangat nyata dan lebih buruk apabila kehamilan meningkat umurnya. Keadaan ini sukar dielakkan.

Calar-calar pada kulit perut ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah dan ini menimbulkan satu keadaan yang tidak menyenangkan.

Strecth marks pada perut ini boleh juga dielakkan dengan menyapu minyak zaitun dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan. Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus peratus kulit tidak tercalar. Selepas kelahiran bekas stretch marks ini menjadi kurang sedikit tetapi parutnya kekal menandakan seseorang wanita itu pernah hamil dan melahirkan anak.


7. Masalah Air Kencing
Di peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi menekan pundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik. Incik darling pesan, kena minum air masak byk2 tuk elak kencing kotor..so sy make sure sy minum at least 2 lit plain water everyday=)


9. Keputihan
Masa prgnnt awal 5bln aritu, ada gk la sket mslh ni..mujur ada incik darling, buah hati pengarang jantung wt balik ubat..alhmdulillah baik..klu nk kne gi spital, mmg x gi dh la kn..hahaha..malu2..wink-wink..hmm..Wanita yang sedang hamil biasanya akan mengalami lelehan keputihan dari vagina yang lebih dari biasa. Ini disebabkan oleh lelehan lendir yang lebih dari saluran vagina akibat tindakan hormon kehamilan. Kejadian jangkitan kuman pada saluran vagina ketika hamil juga meningkat menyebabkan keputihan disertai oleh rasa gatal dan lendir yang berbau.

Kuman yang kerap menjangkiti vagina ketika hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Ini mudah dirawat setelah dipastikan dengan pemeriksaan lendir. Rawatan diberikan dalam bentuk ubat yang dimasukkan ke dalam vagina setiap malam selama tujuh hari, dan kadang-kadang ubat antibiotik juga diberikan. "Lupa plak apa nama ubat yg darling bg aritu.." Disamping itu, kebersihan vagina hendaklah diberi perhatian yang rapi.

10.Overweight 
problem ni?haha..kalau nak tau, berat saya dah naik hampir 18kg dlm tempoh 37 minggu pregnant ni..sebenarnya berat normal tuk ibu yang hamil adalah antara 10-15kg sepanjang kehamilan..dan mst naik ikut chart dia..tp disebabkan nafsu makan yg over ni, tahan jela telinga bila nurse membebel kan..lebih2 incik darling tercinta mmg pampered bab mkn2 ni..ngidam tu xdela sgt..tp masa 7bln aritu, saya mmg tingin nk mkn roti canai je..x kira pg ptg mlm..klu x dpt, rs nk nangis pn ada..tp biasala, incik darling sgt memahami..pnh darling teman mkn roti canai kul 2pagi.. 3 bijik skali makan..haha..x caye?? betul, x tipu..hehe..xpela nurse, sy ok..hehe..mjur gk mogtt test aritu ok je result dia..klu x, x psl2 kna diebetic kn..tp bila tgk cermin, mmg bdn ni gemok gedempol..skrg dh 68kg..klu tgu 2mgu lg, naik 70kg la kot..huhuk..xpela badan..sbr ye aima..nati kte diet, pantang btul2 ms confinement period nt ye..jd slim semula cm dlu..hehe

11. Masalah tidur
Bila perut dah makin membesar ni, ibu hamil sememangnya mengalami kesukaran tuk tidur..aduhai serba x kena..nak mengiring, nk menelentang, nk meniarap apa tah lg kan..sume sakit la..Lebih2 dlm akhir kehamilan ni, selalu rasa sakit ari2..baby menekan..tp perut dah makin ringan sebenarnya sbb bby dh engaged..cuma bila duduk lama, sakit bontot, bila berjalan, sakit ari2, bila baring, sakit belakang pulak..mmg kne byk bersabar la ye..kdg2 rs penat sgt, smpi dok termenung sorg2, leh ngalir airmata..rs nk bersalin cpt2..selalu pujuk bby, usap2 perut..baby x nak kua lg ke? kecian ibu, ibu x sabar nk jumpe bby...

Insyaallah dah x lama ni..Sabar dan sabar..biasala anak pertama, mstla teruja excited kan..lebih2 xtau gender apa bby ibu ni..suspen...hm, tp ibu x kesah,sayang..Umar or Uswah..yang penting anak ibu ng ayah ni sihat sempurna..insyaAllah..
Ya Allah, peliharalah anak dalam kandunganku ini dengan rahmat barakahMu...amin..