Ya Rabb..

Ya Rabb..

Friday, December 31, 2010

My heart said..

 I MISS HIM..


REALLY MISS HIM..

i miss everythings 'bout him..seeing his smiling, his lovely face, his voice, his warmth hugs n kisses..yes, everythings..='(..

Da masuk 3 hari sy bjauhan dgn suami..sy tau sy buat keputusan tburu2..ikut perasaan homesick, rindu kt fmly..sy xsmpat2 nk tgu abg btul2 free, then balik bsme2 abg..
abg, ampunkan ema..ema bdosa kt abg evn abg slalu ckp "xpe, abg phm. xde apa abg nk mfkn, sbb ema xbt slh pape"..(lg ema nk nangis ble abg kata gini)

Bukan xpnh bjauhan, tp kali ni rs lain sgt..mmg sy rs happy sbb dikelilingi fmly, ank2 sedara tp jiwa ni tetap terasa kekurangan..rs kosong, sunyi yg amat..x sama..rs lain sgt bila x tatap wajah abg sehari..sebelum ni ble blik gm, bjauhan 2 3 hari, tiap mlm still dpt 3g..tp kali ni xdpt..hp suami problm..Ya Allah, Tuhan je tau cmne gelora ht ni..sy btul2 rindukn dia.. ema rindu abgggg..='(

Kalau ikutkan hati dan ade kete, mmg rs nk redah je blik psr mas sndr..tapiii....x dpt..huhu..abg plak xsehat lg..xdpt nk dtg ambik mcm biase..tmbh2 bz ng keje..huhu..sedeynyee rs..='(

Rasa dah xleh nk tahan sedeyy..


tiap kali pas ckp ng abg kt fon, mst kesudahannya sy nangis.terutama wktu mlm..mst basah bntal b4 tdo..='(.
jujur dr hati, sy kesal ng sikap sndr..tp xpela...i learned something..huhu

Marriage is the capacity to give each other a break. when he or she comes back to u, yes..it's ur true love..and to realise that's it's not how our similarities work together but it's how our differences work together.. 

Abg, thanks for everything that you shared wif me..and thanks for being my lovely ones..

I LOVE YOU, BABY..
















Tuesday, December 28, 2010

Hadirnya cinta

Bismillahirahmanirahim..


Cinta
antara anugerah dan nilai dalam diri
hanya insan yang merasai mengerti
tulusnya cinta yang dicari
indahnya cinta yang menggamit hati

Cinta
hadirnya tanpa diduga
datangnya tanpa disangka
mekar ranum di dalam jiwa
menyemai sayang menyuntai rasa

Ya Allah,
satukan jiwa aku dan dia
pimpimlah kami
dalam bertatih meraih cinta kudus-Mu
kami sekadar insan yang lemah
berpaut rapuh di dahan kasih sayangMu




Wednesday, December 22, 2010

Isteri solehah

Bismillahirahmanirahim..



Berbicara tentang isteri solehah, tentunye sume wanita inginkan title ni kan..termasuklah saya..tapi, kadang2 terpikir sorang2, mampukah aku? saya cuba sedaya mungkin tuk jadi yg terbaik tuk suami, jaga mkn pakainya, jaga kelakuan agar hatinya x terguris..tapi saya akui, kdg2 airmata yg hadir, melukakan hatinya tanpa sedar..dah 2x rsnye menangis tanpa sebab.tibe2 tingin nk nangis, sy nangis la.tp sy dah bt dia susah hati...berdosanya rasa..

Hmm..sume yg jadi nie mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.


Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu..

Wallaualam..

Sunday, December 12, 2010

Sensitif ?

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..
Malam ni teringin nk share psl wanita vs sensitif..AIRMATA??


Orang selalu ckp, wanita dan airmata x dpt dipisahkan. kenapa ye?lemah sgt ke insan bergelar wanita? dan adakah airmata tu tanda kelemahan seseorang??
Ntahlah, kadang2 x nafikan, bila pempuan tengah menstual, kita ni jadi sensitif sgt. dan kdg2 tu melampau2 kn?sume cm x kena, sume x betul..rasa nk mrh, nk mngamuk..tapi lelaki paham ke?

Sensitif ni klu kena pada tempat sebenarnya positif je. contohnya, sensitif pada keadaan sekeliling. kalau seorang ibu sensitif kepada keperluan anak kecilnya, so xdela ank kecik tu menangis kelaparan ataupun kebasahan kan..dalam kata lain,peka la kot. tapi kalu senstitif bab perasaan plak cmne? salah ke tuk kita terasa, kecik hati dgn org yg hmpir ng kte, contohnya fmly or kwn2 kita? Jawapan dia, BOLeh..tapi bia kena pada tempatnya..jangan sebab kecik pn nk menangis..(ingatan tuk diri sendiri sebenarnya..huhu)..

Kadang2, bila ng org yg kita tlalu syg, cpt bnar nk terasa ng prbuatan dan kata2 mereka kn..sensitif lebih2..tapi kalu sy menangis, sy x mrh pada dia, xde sekelumit marah pn, cme sy kesal dan kecewa ng diri sendiri..sbb x mampu jd yg terbaik dan sempurna pd matanya..tapi bila airmata yg ditahan, xmmpu lg dibendung, menangis jgk la..malu, kecewa, sedih, terluka..sume ada,bcmpur baur..huhu..cme, bila dah istgfar, sy kn tnya pd diri sndiri,muhasabah diri..perlukah aku menangis sbb ni? perlukan aku susahkan hatinya dgn airmata ni?....abang, maafkan ema..

apa pun, hargailah setiap insan yg ada di sekeliling kita..ayah ibu, suami istri, adik2 abg2, kakak2 termasuklah kwn2..sayangi dan cintai mereka selagi kta msih ada sisa2 hidup di dunia ni..epi2 selalu ye..it is all about peace..=)



Wallaualam..^_^



Tuesday, December 7, 2010

Antara cinta dan pengorbanan-part 3

Jiha termenung sendirian. Hatinya berbisik lagi. Ke mana harus dibawa resah yang bertandang, ke mana harus dialun perasaan yang kian mencengkam. Dia mengeluh kecil. Hatinya diusik pilu. Airmata jernih mengalir kembali. Saat bahagia asyik mengulit antara dia dan Adam, pergolakan jiwa datang tanpa dipinta. Ketika mengemas laci di kamarnya, dia terjumpa sepucuk surat. Karangan jiwa suaminya, Adam. Buat si gadis bernama Alia..

Siapa Alia?? Hati bagai menghentak-hentak ingin tahu. Nukilan jiwa yg menggambarkan kekecewaan, terkilan atas perbuatan si gadis yang dianggap mempermainkan perasaannya. Kemudian, gambar seorang gadis lagi ditemui di dlm laptop Adam sekali lagi mengguris hatinya. Kemesraan terpantul dari raut wajah mereka. Baru kini dia sedar, dia bukanlah yang pertama dalam hidup Adam. Hatinya diburu rasa cemburu yang membuak-buak.

"Kenapa abang masih simpan semua tu?Abang masih ada hati dengan mereka kah? Di mana kurangnya aku di sisinya? Sampai hati, abang" satu demi satu persoalan mengetuk mindanya yang makin bercelaru..

"Ya Allah, kurniakan aku kesabaran dan kekuatan. Usirkanlah perasaan resah yg bertandang ini", Jiha menyeka airmata yang makin deras mengalir.

"Assalamulaikum"..suara Adam kedengaran di muka pintu. Tiada sahutan. Lalu, dia mengatur langkah sendiri ke dalam rumah. Gusar melanda, ke mana Jiha. Biasanya isterinya itu akan menyambut kepulangan dengan senyuman dan kucupan di muka pintu.

"Assalamualaikum sayang. Jauh Jiha termenung, abang bagi salam pun tak sedar ye", Adam berbisik di telinga Jiha. Jiha tersentak dengan kehadiran suaminya itu. Jauh benar lamunannya sampaikan kehadiran Adam langsung tidak disedari.

"Jiha menangis?Kenapa ni sayang, beritahu abang. Jiha ada masalah ye?" Tangan Adam merangkul lembut leher jinjang itu. Adam menyentuh pipi isterinya itu. Disekanya mutiara jernih yang masih berbaki mengalir di pipi indah milik Jiha lalu dihalakan muka kesayangan itu bertentangan dengannya. Mata mereka bertentangan.

"Eh, tak adalah, bang. Mata Jiha masuk habuk. Abang mesti penat kan, Jiha buatkan air ye", Jiha mencari jalan untuk melepaskan diri dari pelukan suaminya. Dia bimbang. Mata itu tajam merenung ke dalam matanya. Seolah-olah mencari satu kepastian. 

Adam meleraikan rangkulannya perlahan, sebagai isyarat membenarkan Jiha ke dapur. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia sedar, ada sesuatu tersirat dalam jiwa suri hatinya itu.






Maal Hijrah 1432H

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum shbt2..

                                                SALAM MAAL HIJRAH


Alhamdulillah, setinggi syukur kita pnjatkan pd Illahi kerana masih dikurniakan ruang tuk kte mghirup udara segar tnpa secebis byrn pn, masih mampu kita mengatur lgkah dlm menghabiskan sisa-sisa khidupan ini dgn amal2 dlm mgapai barakahNya..kita kini dah melangkah masuk ke tahun baru hijrah, 1 Muharram 1432H..cepat kn ms berlalu..bagaimana pengisian tahun yg lps?cuba hitung2 amalan lalu, adakah akaun kita byk terisi pahala atau hanya menimbun tinggi dgn dosa menggunung??


Sedikit perkongsian info tentang bulan hijrah Muharram..

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah saw berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah saw memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah saw, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

                                   Doa akhir tahun:                                  

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Doanya :
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari Mu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

                                       Doa awal tahun:                               

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Doanya :
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Sebagai hamba kerdil yg masih diberi kesempatan tuk mengatur lgkah atas bumi Allah ini, sama2 lah kita berazam, pasang niat tuk cuba perbaiki diri ke arah yg lebih baik, ke arah menjadi mukmin dan mukminah yg dicintai Allah..insyaAllah, ameen..


Saya juga meletakkan azam dlm diri dan hati..bernekad, bertekad..sy nak perbaiki diri, perbaiki iman yg kian rapuh..mg mampu mjdi mukminah perindu syurga..menjadi yg terbaik tuk insan2 yg mencintai dan saya cintai..tuk suami, tuk ummi abi, ma, dan sume family yg sy syg..dan bila melangkah ke alam karier x lme lg, sy juga berazam tuk jd pendidik yg baik tuk ank2 didik sy, insyaAllah..

Tuesday, November 30, 2010

Dating..hehe

Semalam, abg x keje..offday..sy mmg epi sgt la klu time dpt spend ms ng dia 1 whole day..so abg ajak g jalan2 kt Bachok..dah lme dah tingin nk g sana..^_^

Nak tau x kami g dating kt mana?hehe

Pantai Irama

Kami sampai dh lewat..ramai sgt org..parents yg tgh lyn ank2 kck dorg mndi mnda..so kami ambik port kt atas batu2 besar tu..dok sembang2, smbil mkn rojak ng lo'ceng..(btul ke eja lo'ceng nie..)x kesah la..^_^

After mkn, abg ajak jln2 tepi pntai..di sebabkn sy gatai pakai hg heel smlm, tpksela sy tglkn sbb klu jln ats pasir, tggelam la jwbnya..so, sy bkaki ayam, dan abg yg tolong pegangkn sndal tu..tq darling..^_^







Semakin hari semakin sayang..thanks darling for dis memorable moment..^_^


12 Aurat wanita

Bismillahirahmanirahim..
Assalamulaikum akhwat yg dirahmati Allah..
 
Sekadar perkongsian dlm entry kali nie..kdg2 kita leka, kte lupa..jd sama2 kte ingtkn diri kita masing2, mg2 kita mampu bersama-sama mengatur langkah mjadi seorang mukminah yg dicintai Allah..ameen..=)
 
12 Aurat Hawa

 
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng....


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.



5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.


Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah

Tak dinafikan, kita mgkin pernah terlanjur mengingkari batas2 aurat dalam sedar atau sebaliknya..sama2 kita istghfar, dan bertaubat.mg Allah mengmpunkan dosa2 lalu kita..insyaAllah..


Sunday, November 28, 2010

Oh my..Diet !

Oh my God..!!


Shock!
Errrkkk..


Beratnyaaaaaaaaaaaaa..

TAK SUKEEEEEEEEE..uwaaaaa..

beratnyaa saya sekarang..sume dah tegur saya gemuk+berisi..huhuk..dr 44kg before kawen, berat sy dh naik 50kg..

5OKG !!!

perasaan bercmpur baur sebenarnya..baru kawen 2bln lbih, tp berat naik 6kg jp je..klu setahun kwen, oh Tuhan..cmne la berat sy nt kn..sob2..

hmmm..


what should i do??

ok, rilek2 aima..cool dear..

FIRST STEP :

hehe..

ambik makanan seimbang..kononnya la kan..^_^



SECOND STEP :

HEALTHY FOOD..ecewahh..hehe


hmm..then..

THIRD STEP :

sambil2 diet, kne gak ada exercise kan..

                                            EXERCISE
kena rajin wt sit up..baru kurus sket perut tu..hehe..

FORTH STEP :

sambil2 tu gk, beli cream2 yg leh tolong bakar lemak..
KRIM PEMBAKAR LEMAK..
dah beli 1 nie..hrp2 mjadi la kn..

BEST..krim halia bara yg sy beli time pameran cheng ho kt kb..hehe^_^

huhu..nape la leh naik bdn smpi 6kg ni kn..maybe sebab...

hobi yg ske TIDO DAN TIDO..huhu
tmbh2 ng hobi terbaru..
MAKAN, MAKAN DAN MAKAN..mmg mulut xleh dok diam..smbil tgk tv, sik ngunyah je keje..hehe

MAKA..
akhirnya badan pn jadilah camni..

aduhaiii..gemuk dan berisi..

x boleh jd kalu trus cmni ..semangat berkobar-kobar nk diet..tp kalu masak, kne la teman abg mkn..so kne mkn gk..cmne ye..

menjadi tak nk diet ni..


ke arah yg lebih kurus dan sehattt..^_^


harap2 berat ni dpt balik 45 kg..caiyok2..


semakin hari semakin sayang..^_^

Thursday, November 25, 2010

How sweet it is to be loved by you

How sweet it is to be loved by you-James Taylor

How sweet it is to be loved by you

I needed the shelter of someone's arms
And there you were
I needed someone to understand my ups and downs
And there you were
With sweet love and devotion
Touching my emotions
I wanna stop
And thank you baby

I close my eyes at night
Wondering where would I be without you in my life?
Everything I did was such a bore
Everywhere I went you know
I'd been there before
But you brighten up for me all my days
With a love so sweet in so many ways

You were better to me than I was to myself
For me there is you and there ain't nobody else
I wanna stop
And thank you baby

How sweet it is to be loved by you

Suri Hati a.k.a Suri Rumah

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum akhwat ikhwan..

Salam ukhwah

Sunday, November 14, 2010

Anniversary

Bismillahirahmanirahim..

Two month down, the infinity to go! It's comes again..141110, my second month anniversary..i can't believe it's been 2 month for us already. Time flies when you're having fun, and that's a good thing to say about being together, isn't it? ^_^


 To my  hubby,
On this such great and wonderful day, i want to see your smiling
you are in my lovely dreams,
you are essential of my life,
i can't keep my eyes off on you
i need you every hour, i need you in single second
i do love you, baby..yes, i do..
happy anniversary..^_^




zaujah abg ^_^

Wednesday, November 10, 2010

Akhirnya..

Bismillahirahmanirahim..

Bangun pagi ni, terasa nyaman mnghrup udara segar di luar..dingin, tp cukup menenangkan..smlm saya dah siap pack brg2 tuk bawa balik..pagi ni awal btul terjaga..even bdn pnt sgt, tp puas pksa mata tuk tdo..sy excited nk tgu hari pagi sbb x sbr nk tatap wajah kesayangan sy..suami tercinta..tapi jauh kt sudut ati, rs sayu menjengah..sayu bila tatap wajah2 shbt yg sy syg..terima kasih kwn2..sbb sudi jadi shbt terbaik tuk aima..aima syg sgt korg sume..5thn setengah since Julai 2005, kini akhirnya detik yg kita tunggu dah smpi..sume kn bawa haluan hidup masing2..bergelar seorang guru..gelak tawa, tangis duka yg kita pernah kongsi bersama kn tetap utuh dlm kamar memori ini..jaga diri elok2..nt nk kawen, jgn lupakan aima ye..hehe..saranghae^_^

piqa, fad, mek paan


akak, naz, zira ^_^

 
el, ema, akak ^_^
mek, paan ng kak una ^_^

Nak tau apa kami makan semalam time supper 12 am kt nasmeer nasi kandar..hihi

roti nan cheese ng ayam tandoori..best sgt3x

roti tisu yg rangup..^_^

waaa..mmg best sgt..mujur abg yg baik hati izinkan ayg dia ni kua tgh2 mlm smlm..thanks shbt2..kakma syg korunk sumeee!

To my lurve, ema x sbr nk tunggu kehadiran abg..nati ema tunaikan denda semalam ye..^_^..drive safely my dear..here, i'm waiting for you..rindu abg sgt2..


^_^

Sunday, November 7, 2010

S.A.H.A.B.A.T

Bismillahirahmanirahim..

Salam ukhwah tuk sahabat2..


Berbicara tentang sahabat, teman, kawan dan rakan sememangnya setiap org ada pendapat mereka tersendiri tentang apa erti persahabatan kpd mereka semua..


APA ITU SAHABAT?

Bagi sy, sahabat ertinya seseorang yang kita sayang sgt sbb ada erti tersendiri dlm kamus hidup kita..dia sorg yg kita percaya,  sgup kongsi suka duka bersama..kita gembira, dia juga tersenyum tuk kita.. kita berduka, dia juga setia menangis bersama..nasihatnya, tegurannya mnjadi benteng tuk pjlanan hidup kita..sy ada ramai kawan, di kalangan dorg, sy juga ada sahabat..sy syg sume mereka..namun kini, sy akui..sy ada sahabat terbaik dlm hidup sy..iaitu SUAMI..dia lah suami, kekasih hati,  teman dan sahabat tuk sy..dia jugalah sumber kekuatan sy kini..bahunya tempat saya sandarkan suka duka..alhmdulillah..sy bertuah memilikinya..terima kasih abang..


KENANGAN
Tiba2 rasa sebak plak bila menulis mlm ni..huhu..minggu ni adalah minggu last sy bersama-sama shbt2 di ipda..5thn setengah menyemai kasih sayang, membaja dgn kemesraan hingga ikatan tu rasa kuat sgt, dah mcm adik beradik..lain2 negeri, agama, bngsa..ecewah, 1 malaysia la kononnya..hihi..tp kami masih boleh berkongsi gelak tawa, suka duka bersama..dari umo 18 tahun (baru nk bertatih keluar dr bangku sekolah) dan sampailah sekarang da umo 23 tahun pun ( da jadi bini org pn..hehe..zaujah abg ^_^)..
hmm..rasa sayang sgt nk tinggal ipda, tmpat sy berteduh mengutip ilmu perguruan..rasa sedih nk tgl shbt2 yg byk mngajar sy erti sbuah ikatan yg utuh..


CERITERA KAMI
Saya x nafikan, dlm 5thn stgh menguntai sbuah ceritera, kami x lari dr pelbagai kisah..krisis, bcggah pndapat, bmsam muka..saya juga byk menangis sbb seorang insan bernama kawan..tp sy cuba muhasabah diri sndiri..sy juga bkn shbt yg terbaik walaupn sy cuba tuk jd seorang teman yg terbaik tuk sume kwn2 sy..alhmdulillah, sakit hati, terasa hati, pedih hati..sume sy da buang ke tepi jauh2..sy juz nk simpan kenangan best2 je, yg indah2 je..(xleh simpan yg pahit2 lama2, abg ckp nati hati rosak..^_^ )..


 PEDOMAN
Btul abg ckp, bila kita sedih sbb kelakuan seseorang thdp kita, tak kira sape pun dia kepada kita, cuba kita ingt jasa dan budi baik yg penah dia buat tuk kita..insyaAllah ati kita kn makin tenang dan trus maafkn dia..x baik berdendam kan..(nasihat yg cukup berguna..tq syg^_^)


HALUAN HIDUP SENDIRI
Abes exam 9hb nati, maybe sume kan melangkah mmbawa haluan masing2..di sebalik kesedihan tuk tinggalkan bumi jitra yg penuh kenangan ni, jujurnya sy x sbr tuk melangkah, meniti kehidupan baru seorang isteri..menjadi suri rumah bertauliah (impian sy suatu ketika dulu..hehe)..setiap hari setia bersama suami..(jaga mkn pakai suami, hantar suami yg nk g keje (kt dpn pintu jela), sambut suami balik keje..aduhai, rasa bahgia sgt2..susah nk lafaz ng kata2 tentang perasaan tu..


TITIPAN KASIH
Kepada shbt2 ipda, terima kasih atas huluran kasih kepada ema..maafkan slh silap ema..semoga kalian berjaya dan bahagia dunia akhirat..mg kita semua bakal menjadi seorang guru yang berdedikasi dan komited mendidik ank2 bangsa..inshaAllah..ema sayang korang sume..sayang sgt2..


Thursday, November 4, 2010

Sisipan duka

Bismillahirahmanirahim..


Tatkala hati berbisik, jari mula menari rancak membariskan untaian bait2 bicara..ya, hati ini sedang berduka. Bukan lagi sebak yg kutahan, namun airmata menjadi teman..puas ku seka airmata yg mengalir, namun bagai tiada hentinya..perit, sebak dada dengan esakan yg makin menjadi-jadi..

Tuhan, mengapa mehnah yang kau hamparkan tak pernah surut dlm hidupku?? hati menangis, jiwa terasa pedih yg amat..aku terluka dgn kata-kata insan yg aku cintai..insan yg terlalu hampir dlm hidupku..insan yg selalu dekat di hati sejak aku kecil..aku sanggup korbankan apa saja tuk insan kesayanganku, tapi kenapa semuanya bagai x kena..maafkan diri ini..='(

Tika bahagia yang kuukir terlakar indah, tatkala cinta yang kusemai berputik mekar, ujian Tuhan datang menjengah..bertalu-talu kurasakan..lemah menggamit, hingga aku terduduk dan menangis..aku pujuk hati sendirian..ya, ujian tuhan tak kan pernah berhenti tuk singgah dlm hidup hamba pilihanNya..kenapa perlu menangis aima?kenapa perlu merintih menyalahkan takdir? Lihat ke dalam diri aima, cari  mana silapnya, mana salahnya diri sendiri..Aima Nazihah, Tuhan tak pernah zalim pada hambaNya..percayalah, percaturan yg Dia aturkan ada sebabnya..Tuhan itu Maha Adil..tiap yg jadi tidak pernah dgn sia-sia..

Aku selalu ingatkan hati.."Tenanglah wahai hatiku syg, Allah sedang melihat kesabaranmu..Allah tengah menguji takat imanmu"..tapi, aku hanya hamba kerdil disisinya..hidup ini tak pernah lari dari tangisan..aku hawa yg lemah, berpaut di dahan kasih sayangNya yang rapuh..

Namun, kesal yang cuba mengetuk pintu hati ku buang ke tepi..jauh-sejauhnya..aku tak ingin gusar bertapak dlm jiwa ini..pergilah duka, pergilah derita..aku tak mahu semua yg berlaku menghakis bahagia yg terhampar..dia sentiasa di sisi..jasadnya jauh memisahkan aku dan dia, namun namanya tergenggam erat utuh di hati..penenang hati tiap kali duka bertandang..abang, ema rindukan abg..ema nak abg..pls, i need your shoulder rightnow='(

Tuhan, ampunkan hambaMu yg hina ini..andai mehnah ini rentetan dari dosa-dosa lalu, aku redha..aku terima..Namun Kau kurniakan aku kekuatan tuk menghadapinya..aku ingin mnjadi mukminah yg kuat jiwanya, tak mudah rapuh imannya..tetap tegar dgn ujian yg cuba membingkis perjalanan sisa-sisa hidupku..

Buat insan2 yang terlalu istimewa dlm hidupku, maafkan diri ini andai tak mampu mjadi yg terbaik tuk kalian..namun janji hati ini, diri ini akan perbaiki diri sebaik mgkin pd hari2 mendatang andai hayat masih terkandung badan..

Wednesday, November 3, 2010

Marah vs jantung

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum akhwat ikhwan..

Apa khabar hati anda hari ini??

HAPPY??

SEDIH??

atau 

MARAH??

Sabar2..biasalah tue..hehe..istgfar byk2 ye ^_^

Sekadar perkongsian tuk entry kali ni..sy nk share tentang perasaan marah dan kesan pada jantung kita..huhu..dlm kehidupan seharian kita, x dinafikan kita x lari dari perasaan sedih, gembira dan marah. lebih2 pmpuan klu time PMs, rs sume x kena, rasa sume ada je salah..rs nk marah je kt sume org kn..tp sebagai seorang muslimah, kita jgn ikutkan perasaan sgt. kita kena pandai kawal emosi, kalau marah2, ksian kt jantung kita tue..hehe..

Kemarahan sebenarnya boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia dan seluruh dunia.
 
Kemarahan ada kaitan rapat dengan penyakit jantung koronari. Menurut satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini di dalam Jurnal Kolej Kardiologi Amerika, kemarahan meningkatkan kebarangkalian mendapat sindrom koronari akut seperti serangan jantung sebanyak 19 peratus jika seseorang itu tidak pernah ada penyakit jantung, dan sebanyak 24 peratus jika pernah mengalami penyakit jantung.
Kemarahan itu sendiri bukan faktor tunggal kepada risiko sakit jantung. Ada pakar berpendapat, perasaan negatif yang lahir akibat kemarahan itu juga memberi sumbangan yang menyebabkan seseorang berasa resah dan tertekan.
Dua perasaan ini biasanya datang bersama kemarahan yang mungkin berlanjutan kepada emosi negatif lain.

Bagaimanakah kemarahan boleh menyebabkan penyakit jantung koronari?
 
Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.
Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.
Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari dan serangan jantung.
Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.
Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol berlebihan.
Semua ini juga faktor yang boleh membuat seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung koronari.

Cara mengatasi kemarahan

Ada banyak cara mudah untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah dengan:
 
1) Menarik nafas panjang dan kira dari satu hingga 10
2) Membayangkan tempat aman untuk menenangkan minda
3) Beredar dari situasi atau persekitaran yang membuatkan anda marah (secara fizikal dan emosi)
4) Mendengar ayat-ayat Quran
5) Mengisi masa dengan hobi
6) Jangan meletakkan harapan dalam setiap situasi
7) Meditasi
8) Meningkatkan tahap spiritual melalui sembahyang, doa dan zikir
 
عَنْ أَبيِ هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - : أَوْصِنيِ . قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » فَرَدَّدَ مِرَارًا , قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ .

Maksudnya : Daripada Abi Hurairah R.A, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi sallallahu alaihi wa sallam : Berilah pesanan padaku, lalu bersabda baginda,: " Janganlah kamu marah", maka diulangnya berkali-kali "Janganlah kamu marah". 
                                                                                                  Riwayat Albukhary.
 
Paling penting, kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan ini tidak selalunya adil atau sempurna, dan kita harus mengambil tindakan wajar di dalam setiap keadaan. Ingat, setiap kali anda melakukan tindakan positif, anda sebenarnya menjaga jantung anda. 

zaujah abg^_^