Ya Rabb..

Ya Rabb..

Thursday, November 22, 2012

Masalah "kecil" semasa hamil

Alhamdulillah, hari ni, baby dh genap 37w + 5 days (fullterm) di mana baby sudah matang untuk lahir ke dunia ini, Insya-Allah. Semoga saya diberi kekuatan dan kesihatan yg baik dan akan selamat bersalin dalam minggu depan atau minggu depan satu lg..hehe..dup dap dup dap..^_^

Jom nak share beberapa masalah 'kecil' yang saya hadapi. Walaupun masalah tersebut nampak kecil, tapi jika tak diberi perhatian yang sewajarnya, ia boleh menjadi serius. So, jom kita lihat apakah masalahnya. Sharing is caring ^_^


1. Pedih ulu hati / Heartburn
Pedih ulu hati?sebab Baby menendang ke ni???hahaha..sebenarnya, Ini disebabkan oleh timbunan gastric acid dalam perut. Perjalanan usus menjadi lebih lembap ketika hamil. uterus yang kian membesar menekan pada perut menyebabkan asid perut bertakung. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan atau kepedihan pada bahagian ulu hati.

so, Minum lebih susu dan pastikan perutnya tidak kosong dengan memakan makanan secara sedikit dan kerap. Jika masalah ini menjadi lebih teruk, rawatan yang khusus boleh diberikan dengan memberi ubat yang mengandungi Antacid seperti gelusil actal atau magnesium trisillicate.


2. Bengkak kaki / Edema
Masalah ni cm serius je bila kandungan sy menjangkau 34minggu..huhuk. maybe salah satu reason edema ni sy kena drive ulang alik ke sekolah yg agak jauh+berdiri lama masa ngaja la kan..sebenarnya edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Incik darling ckp, mcm sawan la..Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan. tapi klu ikut pengalaman org2 tua, klu sembab2 ni, nk beranak dh x lama..hehe..Incik darling pn ada ambik urine test kt wife dia ni, Alhamdulillah sume ok..fuh, lega…=)

Toxemia?? Haa, sbb tu Penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandungnya.

so, tuk kurangkan masalah ni, antara nasihat yg boleh disyorkan ialah berehat secukupnya, iaitu berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam. Seem look like a grandma, isn't right??hahaha..xpela..9bln je..Dan satu lagi, tinggikan posisi kaki semasa tidur anda ye..=)

3. Hb low
Masalah ni saya alami seawal pregnant..masa dok  Melaka dulu, klinik bg Obimin + Iberet..so sempat la hb ok..bila balik Kelantan, klinik tmpt check up bg vits hematonik asing2..folic acid, ferrous dan vits c..actly problem ni berlarutan sampai skrg..sampaikan MO suh saya telan vit. Iron tu 6bijk sehari..ambik kaw! Kena ambik darah tuk fbc test tu lg la kerap…tapi hb still low..dok average 9.4-10.4..jadi sekarang masih lg berusaha tuk naikkan hb..skrg saya try ambik obimin+ferrous setiap hr..tmbh ng makanan harian tuk naikkan hb cm daging, bayam kerang dan sebagainya..

4. Sakit pinggang dan belakang
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar.

Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin. so nk tgu nk bersalin ni, incik darling dgn rela hatinya jd tukang urut setiap mlm..baik kan hati suami saya?x plu mtk, kdg2 b4 tdo, abg kn ckp, "meh sini kaki tu..x pon, abg urut2 belakang"..aduhai, bestnya..lega sgt rasa..terharu pn ada..tq sayang..^+^


5. Tegang/kejang otot
OH, tidak..yg ni mmg x best..tapi alhamdulillah saya cramp dlm masa bape second je..Cramps atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan jika kerap berlaku. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika seseorang wanita itu hamil. Ia mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam darah. Dengan itu biasanya doktor akan memberi ubat kalsium dengan harapan boleh mengatasi masalah cramps ini. Pengambilan kalsium juga memberi manfaat kepada bayi untuk mengukuhkan tulang dan gigi.

6. Kulit perut pecah
Yang ni lagi xsukaaa..huhuk..Perut yang semakin membesar ketika hamil mengakibatkan kulitnya tegang dan pecah-pecah berjalur. Ini dikenali sebagai stretch marks. Sesetengah wanita mengalami masalah ini dengan teruknya kerana bekas stretch marks menjadi sangat nyata dan lebih buruk apabila kehamilan meningkat umurnya. Keadaan ini sukar dielakkan.

Calar-calar pada kulit perut ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah dan ini menimbulkan satu keadaan yang tidak menyenangkan.

Strecth marks pada perut ini boleh juga dielakkan dengan menyapu minyak zaitun dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan. Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus peratus kulit tidak tercalar. Selepas kelahiran bekas stretch marks ini menjadi kurang sedikit tetapi parutnya kekal menandakan seseorang wanita itu pernah hamil dan melahirkan anak.


7. Masalah Air Kencing
Di peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi menekan pundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik. Incik darling pesan, kena minum air masak byk2 tuk elak kencing kotor..so sy make sure sy minum at least 2 lit plain water everyday=)


9. Keputihan
Masa prgnnt awal 5bln aritu, ada gk la sket mslh ni..mujur ada incik darling, buah hati pengarang jantung wt balik ubat..alhmdulillah baik..klu nk kne gi spital, mmg x gi dh la kn..hahaha..malu2..wink-wink..hmm..Wanita yang sedang hamil biasanya akan mengalami lelehan keputihan dari vagina yang lebih dari biasa. Ini disebabkan oleh lelehan lendir yang lebih dari saluran vagina akibat tindakan hormon kehamilan. Kejadian jangkitan kuman pada saluran vagina ketika hamil juga meningkat menyebabkan keputihan disertai oleh rasa gatal dan lendir yang berbau.

Kuman yang kerap menjangkiti vagina ketika hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Ini mudah dirawat setelah dipastikan dengan pemeriksaan lendir. Rawatan diberikan dalam bentuk ubat yang dimasukkan ke dalam vagina setiap malam selama tujuh hari, dan kadang-kadang ubat antibiotik juga diberikan. "Lupa plak apa nama ubat yg darling bg aritu.." Disamping itu, kebersihan vagina hendaklah diberi perhatian yang rapi.

10.Overweight 
problem ni?haha..kalau nak tau, berat saya dah naik hampir 18kg dlm tempoh 37 minggu pregnant ni..sebenarnya berat normal tuk ibu yang hamil adalah antara 10-15kg sepanjang kehamilan..dan mst naik ikut chart dia..tp disebabkan nafsu makan yg over ni, tahan jela telinga bila nurse membebel kan..lebih2 incik darling tercinta mmg pampered bab mkn2 ni..ngidam tu xdela sgt..tp masa 7bln aritu, saya mmg tingin nk mkn roti canai je..x kira pg ptg mlm..klu x dpt, rs nk nangis pn ada..tp biasala, incik darling sgt memahami..pnh darling teman mkn roti canai kul 2pagi.. 3 bijik skali makan..haha..x caye?? betul, x tipu..hehe..xpela nurse, sy ok..hehe..mjur gk mogtt test aritu ok je result dia..klu x, x psl2 kna diebetic kn..tp bila tgk cermin, mmg bdn ni gemok gedempol..skrg dh 68kg..klu tgu 2mgu lg, naik 70kg la kot..huhuk..xpela badan..sbr ye aima..nati kte diet, pantang btul2 ms confinement period nt ye..jd slim semula cm dlu..hehe

11. Masalah tidur
Bila perut dah makin membesar ni, ibu hamil sememangnya mengalami kesukaran tuk tidur..aduhai serba x kena..nak mengiring, nk menelentang, nk meniarap apa tah lg kan..sume sakit la..Lebih2 dlm akhir kehamilan ni, selalu rasa sakit ari2..baby menekan..tp perut dah makin ringan sebenarnya sbb bby dh engaged..cuma bila duduk lama, sakit bontot, bila berjalan, sakit ari2, bila baring, sakit belakang pulak..mmg kne byk bersabar la ye..kdg2 rs penat sgt, smpi dok termenung sorg2, leh ngalir airmata..rs nk bersalin cpt2..selalu pujuk bby, usap2 perut..baby x nak kua lg ke? kecian ibu, ibu x sabar nk jumpe bby...

Insyaallah dah x lama ni..Sabar dan sabar..biasala anak pertama, mstla teruja excited kan..lebih2 xtau gender apa bby ibu ni..suspen...hm, tp ibu x kesah,sayang..Umar or Uswah..yang penting anak ibu ng ayah ni sihat sempurna..insyaAllah..
Ya Allah, peliharalah anak dalam kandunganku ini dengan rahmat barakahMu...amin..


Wednesday, August 22, 2012

Thursday, August 16, 2012

Ramadhan yag hampir menghilang..

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, ramadhan makin menghilang..malam ni dh masuk 27 ramadhan..cepatnya masa berlalu.. kesibukan kerja harian memang membuatkan kita rasa cepatnya masa silih berganti..sahur, berbuka, sahur berbuka..tup2 hari ni hanya tinggal 2hari lg tuk umat Islam menyambut Raya Aidilfitra..insyaAllah..


Ramadhan sememangnya akan datang dan pergi..setiap tahun..cuma diri kita je..sama ada masihkah ada ruang masa dan kesempatan tuk kita bertemu ramadhan yang akan datang, pada tahun2 mendatang..andai diizinkan umur panjang, insyaAllah kita akan jumpa lagi..dan adakah kita berduka atau kita bersorak gembira dengan hilangnya ramadhan .tepuk dada, tanya iman...

let's recheck our checklist for dis ramadhan..mencapai goal yang dihajati??andai tercapai, alhamdulillah..andai sipi2, bykkn muhasabah diri..doakan yang terbaik..moga Allah menerima segala ibadat yang kita kerjakan sepanjang bulan mulia ni..

Hari ni last day sekolah memandangkan sekolah cuti seminggu..cuti raya + cuti midterm..yeeey!!! sonok bila majlis salam bersalam pg td..ske tgk bdk2 happy dpt duit raya..sengih memanjang..hmm..Kalau masih di Melaka, mestilah saya orang yang cukup sibuk tuk pack2 brg..nk balik kg..hehe..tapi sebab dh dok kelantan negeriku sayang (ops, tiru moto melaka plak)hehe..x pk sgt pon..yang pasti incik darlingku kerja ptg raya..dan yang pasti lg, mlm raya insyaAllah jasad ni berada bersama-sama insan2 kesayangan di taman wangi gua musang..awesome..=)

Apa pun, salam aidilfitri...maaf zahir batin^_^


Tuesday, August 7, 2012

Anugerah terindah..

Bismillahirahmanirahim..

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi kesempatan tuk bernafas dlm bulan mulia ni, ramadhan al karim..tiada apa yang mampu saya coretkan, dengan nikmat kehidupan sekarang, jauh bezanya dgn kehidupan yang lalu, kehidupan yang jauh dgn suami tercinta..bila difikirkan tentang dugaan dan cabaran lampau, baru saya sedar, ujian yang Allah turunkan sememangnya membuatkan kita lebih berfikir ke depan..lebih matang tuk teruskan kehidupan mendatang..syukur, bahagia yang meresap ke segenap ruang badan ini saya dpat rasakan betapa manisnya erti rumahtangga..


Kini usia kandungan hampir ke angka 6m..alhamdulillah..saya masih diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi tuk berulang alik setiap hari ke sekolah..genap 2 bulan sy bergelar pendidik tuk anak2 sk kg bedal..alhamdulillah tiada masalah yg membebankan fikiran..hm..baby?i know he's growing well..aktif sungguh anak ibu ni streching tiap pagi tuk kejutkan ibu dia masak sahur seawal 4.30pg..setiap hari sepanjang 18ramadhan ni..syukur, soleh betul anak ibu ni..=)


Abang? seseorang yg buatkan saya merasakan kehidupan ni penuh dgn kasih sayang..saya sedar, sepanjang hamil, jiwa saya terlalu sensitif..terlalu mudah tuk airmata ini tumpah..kadang2 gurauan dia, sy anggap serius..dan itu buatkan sy diam seketika dan pastinya saya kan menangis..abg yang tergelak2 mst terpinga2..tanya ayang kenapa?tapi dh nama aima nazihah..saya seorang yang sukar tuk terus meluahkan apa yg terbuku..saya perlukan masa seketika tuk bertenang dan pujuk hati sendiri..bukan marah pada abg..tp tuk pujuk hati tuk katakan abg x berniat tuk lukakan hati saya..kesian abg..saya rasa bersalah tiap kali melihat kesungguhan abg meminta maaf sambil memeluk tuk menenangkan dan memujuk saya yg makin kuat teresak2.."terima kasih ya Allah..kerana anugerah terindah ini kau kurniakan tuk aku.."-maafkan ayang, abg..ayang sayang abg..='(

Ya Allah, kurniakan kesihatan, kelapangan dan kesejahteraan tuk kehidupan kami hari ini dan mendatang..amin..

Sunday, July 8, 2012

18 weeks..

 Alhamdulillah..^_^

your baby's growing:

Head to rump, your baby is about 5 1/2 inches long and he weighs almost 7 ounces. He's busy flexing his arms and legs — movements that you'll start noticing more and more in the weeks ahead. His blood vessels are visible through his thin skin, and his ears are now in their final position, although they're still standing out from his head a bit. A protective covering of myelin is beginning to form around his nerves, a process that will continue for a year after he's born. If you're having a girl, her uterus and fallopian tubes are formed and in place. If you're having a boy, his genitals are noticeable now, but he may hide them from you during an ultrasound.

Friday, June 22, 2012

Mimpikan Umar..


Bila incik darling buka cerita psl mimpi dia, kelakar pon ada, terharu pn ada..abg mimpi Umar yg kecik tembam ng putih tu dok kacau2 abg yg sedang tdo sbb kepenatan balik keje..siap jolok2 mata ayah..sampai si ayah tu ckp, "Umar, gi la main kt ibu, jgnla kacau ayah ngantuk"..si kck comel yg mulut petah tu terus jawab, "xnak..panas..sebab Ibu kt dapur"..
alahai, sweetnya incik darling saya..!


sy tau abang sgt2 xsabar nk timang baby dlm rahim sy ni..siap ckp kt saya, nati mesti Umar yg teman dia klu musim2 Euro nt..tgk bola sama2..like father like son..=)


InsyaAllah..moga anak ini membesar dgn sempurna dan sihat sepenuhnya..'anak ibu, ibu ayah x sabar menanti..'
Ya Allah, peliharalah zuriat kami ini..amin..

Friday, June 15, 2012

Menganyam bahagia

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum.rakan2 blogger semua..

~No more tears~


Menganyam detik bahagia?wah, touching tul tajuk entry atas kn..biasala, hati tgh berbunga2..syukur dgn nikmat Allah yg x terhingga..dah lama simpan impian ni, tgl bersama-sama incik darling, dan jalani hidup berumahtangga seperti org2 lain..alhamdulillah, alhamdulillah..=)syukur sgt sbb terjaga je pg2, hati rasa tenang tatap wajah lena suamiku yg encem tu kt sebelah..sesuatu yg diimpikan setiap isteri..lg 1,sy mmg ske tgk abg klu dia dok dpn cermin, tgh bersiap2 nak gi keje..tatap lama2 smbil senyum..dlm hati mst berbisik.."bertuahnya aima nazihah ni dpt suami sebaik abg"..ms tu, mst abg buat muka malu2 sbb kte perhatikan dia..then bila abg tnye kenapa..sy juz jawab, i love u darling..abg senyum dan balas, love u so much darling..berbunga2 hati den ni..hihik^_^..
hmm..life skrg begitu bermakna..akan saya hrgai srtiap detik bersamanya..ecewah..yg penting, skrg, no more tears..


~ Sekolah~



Yeeyy..i love my new school..Sekolah Kebangsaan Kg Bedal, Kuala Krai..cme jauh sket..62km kot, seawal kul 6.15pg dh kne gerak gi skolah..tp alhamdulillah, first day melangkah masuk ke sekolah ni, sumenya berjalan lancar..siap bg ucapan kt assembly lg..dpt tgk muka2 ank2 kck sk kg bedal ni..teruja kot sbb dpt tcer baru yg comel ni..opss, terlebih plak..hehe..apa pun alhamdulillah, minggu pertama berlalu dgn jayanya. anak2 kt sini masih tinggi dgn budi bicara dan nilai hormat pd guru2 nya..ckgu2?alhamdulillah msh dlm sesi adaptasi nk ingt nama akak2 dan abe2 kt situ..hehe..al maklumla kita ckgu paling muda..^_^dorang pn baik2..mcm ckgu2 sk bndar hilir..tmpt jatuh lg dikenang, inikan plak tempat first posting..huhuk

~ Ibu dan baby ibu~

Alhamdulillah, minggu ni nk msuk 15weeks dh..dh lps first trimester honeymoon..yeyy..hmm..morning sickness?makin berkurangan..ingatkn masa cuti aritu dh ilang dh..tp msuk minggu sekolah start semula uweeks2..huhuk..sabar jela..tp yg bestnya, bila pening, incik darling setia tuk picitkan, bila muntah, incik darling setia tuk urut2 belakang..terharu2..terasa kasih sayang yang melimpah dr darling..tq sayang..ayg syg sgt darling..alhamdulillah gk, dah dpt minum susu tiap pg dan mlm dgn jayanya skrg..xde mual2 tgk susu mcm awal2 aritu..syukur, Umar ibu ayah leh dpt kalsium yg baik..hehe..

okla..setakat ni dulu entry kali ni..pnt nk taip pnjg2..ibu kne byk rht, xleh tdo lwt2..x sabar nk tunggu darling balik keje pagi esok..hmm..nak masak apa ye brkfast esok?^_^

take care..wassalam

jagalah auratmu


Thursday, May 31, 2012

PELANGI INDAHKU



alhamdulillah..pelangi indah yg sekian lam a sy nntikn akhirnya muncul jua..tq tuk semua yg mendoakn sy..sekolah baru menanti bila buka sekolah nanti..x sbr,teruja jgk la kn..dari sekolah BANDAR hilir melaka, ke sekolah KAMPUNG bedal, kuala krai kelantan..hihi..apapun sy mghrpkn agar warga sekolah kt sana ok..kwn2 ok..murid2?klu nkal tu biasalah kn..nma pn sekolah rendah..tp akn bdepan ng bdk2pmpuan la nt..no more boys skol..teruja2...:

walaupun jarak agk jauh tuk nerulang alik dr umh kt psr mas, lbh kurang 59km sehala..tp tetap syukur dgn pertukaran ni..hrp2 Allah bg kesihatan dan kekuatan yg baik tuk lalui hidup seterusnya..insyaAllah..doakan saya..

Wednesday, May 16, 2012

Sambutan Hari Guru Skbh 2012

Alhamdulillah hari ni selesai mjlis sambutan hari guru peringkat sekolah..pagi2 lg, murid dh serbu bilik guru nak bagi hadiah..xsempat2 nk tunggu majlis bdk2 ni..tp layan jela kan..al-maklumlah dorang ni excited terlebih..hehe..majlis bermula bila cikgu2 diarak dgn paluan kompang oleh anak2 buahku( sy kan penasihat kelab kompang..=))..pap kpap pap pong..hehe..berarak la kitorang ala2 YB plak..salam2 ng murid2 yg beratur menyambut cikgu2 dorg ni..selesai majlis dgn perutusan pengarah pelajaran, persembahan bdk2, nyanyian dan ikrar guru..wah..suka nyanyi lagu kami guru malaysia..tingt zmn kt mktab..huhu..rindu..

Acara diteruskan dgn permainan futsal, bola tampar dan bola baling antara guru dan murid2..tahniah pd yg berjaya..pastu turn ckgu tonjol bakat nyanyian plak..meriah sguh..kul 10.3o mkn2 jamuan hari guru. pas mkn, perut tekak mual..terus muntah..penatnya rs.xpela.. then gi jap tgk ckgu2 main bowling kt MP..penyokong jela, kdaan kesihatan x mengizinkan tuk sy join main sepanjang hr ni..itu saja laporan hari guru dr saya..hehehe^_^

tq anak2 atas hadiah2 ni..=)jambangan bunga ng adiah comel2 xe dlm gmbr.. tgl terus kt meja skolah td..huhu..
kek hari guru
kek hari guru lagi..yg ni mmg best..soft sgt
guru berarak ke tapak perhimpunan
bersama kakak2 kt skolah

Tuesday, May 15, 2012

Happy Teacher's Day

 
toMorrow 16 May 2012..second year celebrate the big day as a teacher..alhamdulillah..tp all my teachers, since pre-school, taski, primary school, teachers at MRSM pASIR tUMBOH, MRSM Taiping, and all my lecturer in Ipda, Jitra..Happy Teacher's day..may Allah bless you all always..tq


Cuti sekolah @ kenduri kawen

Assalamualaikum..

Kalau dicampur ditolak, cuti sekolah nak dekat dah. hmm..ada 10 hr lagi kot..x sabar nak jumpe encik darling..rasanya hampir 5 minggu x jmpe..sob3..dugaan sungguh bila berjauhan ni..dengan morning sickness yg agak teruk, tahan jela..kdg2 pas muntah2, mesti nangis..rasa sedih sgt sebab abg jauh..family pn jauh..reda sepenuhnya..

Dan sebelum cuti ni, ramai kawan2 sy yg dok menghitung hari bahagia dorg..antaranya El & Peja, Elyn & Iqmal dan Sue & Apih..insyaAllah dah bincang ng encik darling..dah reserve cuti tuk gi kenduri dorg..tambahan darling pn ada kwn2 yg kenduri kwen hari yg sama..maraton jela ye encik darling..hehe

Pasangan Peja & El
Pasangan Iqmal & Elyn
Pasangan Apih & Sue
Bercakap psl kawen ni, mmg bnda best la..semua org mst teruja ng hari bahgia masing2..tingat time nak kawen dlu..byk kenangan..manis semestinya byk, lucu pn ada, tp ada gk la bnda yg x best kn..org ckp dugaan nk bina msjid tu biasala..tp alhamdulillah yg penting skrg, 1tahun 7 bulan dah sy bergelar isteri buat suamiku tercinta..tq darling..

imbas balik kenangan dlu2..kenangan yg x best ialah kenangan make up..myb berlaku miscommunication ng mak andam..biasala kalut2 psl bju pengantin, nk make up bkn main lama gk la..mujur teman baik ku, cik anna sudi temankan gi make up tu..masa b4 touch up tu, juz mtk trem sket je kening yg nmpk serabut sket2..gunting, bkn cukur..dan mak andam ckp ok..mklum jela tugas dia, kte serah sepenuhnya.dan sepanjang make up tu mmg la x ngadap cermin..petua dia kot..cm best je kena make up, rs nk terlena pn ada..tp dah siap, mak aiii..."kening aku dah innalillah"..mmg bhgian tepi dh xde..mati la nk mjwb ng abi dan bakal asben kn..BERDOSA tu satu hal YG SEMESTINYA..sempat gk merungut kt mak andam tu..tp dh nasib..dup dap2..bersedialah aima nazihah, nk kena bom ng cik abg..huhuk..balik umh, ngadu kt kak zah..dia ckp nt sapu aloe vera, cpt naik bulu kening tu..sob3..so kpd bakal pengantin, jgn serah muka anda sepenuhnya kt mak andam ye..

kenangan yg lucu?heheheh..xdela lucu sgt, tp bila teringt, mst tergelak sorg2. al maklumla kte x pnh ada org laki lua dlm bilik kte.so mmg segan sgt la pas kenduri tu..bkn x knal ng darling tp xtaula..segan..ms ambik gmbr photoshoot tu ok je, siap abg dukung2 lg..like3x (mood gatai)..kui2..tp bila nk balik umh, nk gi mandi nk bersiap tuk solat mgrb, mmg tinggalkn darling sorg2 kt bilik.so sy gi mandi, salin baju kt bilik umiabi..huhu..umi tnye gk kenapa..selamba je ckp, "kakma segan ng abe yean"..sume kt dapur gelak..masuk bilik pn, still letak towel kt kepala..adoiii..malu nk tunjuk rambut..mjur abg paham..klu dia kecik hati, xpsl2 hari pertama dh tempah dosa kn..hihi..^_^

apa pun, syukur alhamdulillah..sy rs bertuah sgt memiliki suami bernama mohd shakirin ni..byk sebab..x larat nk taip satu2..hehe=)moga pengikat kasih kami yg berada dalam rahim ni sihat sempurna bila keluar nt..x sabar nk jd ibu..

yg penting skrg sy dok menghitung hr nk balik kg..doakan sy dpt transfer balik kelantan..nk dok ng darling..xmo dok jauh2 lg..='(..tuk psgn yg bakal kawen, SELAMAT MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA..BARAKALLAHULAKUMA WABARAKAH=)


Thursday, May 10, 2012

Induksi 2012

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

Tempat : Casa Rachado Beach Resort, Port Dickson
Tarikh : 8-10 Mei 2012

Alhamdulillah, akhirnya settle jgk kursus induksi selama 3 hr di sana..syukur alhamdulillah sebab saya dengan kwn2 yg seramai 81 org seluruh melaka ni dpt harungi semua aktiviti dan yang paling penting Ujian Akhir Kursus (UAK) dengan jayanya..sama-sama doa moga semua lulus tuk pengesahan jawatan dan xde yang mengulang bagi kumpulan kami, kohort 1 2012 ni..insyaAllah..dan alhamdulillah saya syukur sangat2 sebab sepanjang exam saya xde muntah2 ng pening..dapat jwb dengan lancar dan idea mencurah2..hehe..sebab mmg risau gak la..seawal 5 pg dah terjaga sebab nk muntah2..teruk gakla kan..dahla malam tu tidur awal..org lain dok study, saya dah terbaring kat katil sbb badan dah xlarat, dah lemah sgt bila segala isi yg mkn keluar melalui muntah2..apa yang sempat buat pas ceramah last smlm, balik wt nota sket, solat isyak dan solat hajat, terus tidur..tapi berkat doa suami, umiabi, keluarga, apa yang saya baca sume masuk dalam exam..alhamdulillah..(leh senyum puas2)

Apapun, pengalaman 3 hari kt sini memang best..tempat yg cntik, beach view dr balkoni bilik, nyaman, bilik yg best, kwn2 pn ok (sy group 2 tuk presentation, kak nina ckp group kami group ibu mengandung sbb paling ramai ibu sedang hamil dlm group ni), dan x lupa mknn resort ni pn best..cuma hari last, dinner ng breakfast pg tu perut dan tekak dah xdpt terima..huhu..sadis..tapi xpela..ujian tuk ibu mengandung ni besar pahalanya kalau kita tidak mengeluh..=)

geng ipda : ecah, zue, saya dan kak zaza=)
Cantik dan nyaman
sesuai tuk percutian keluarga ^_^
Wassalam

Saturday, May 5, 2012

Anak itu Khalifah

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

Semalam balik dari sekolah, rehat2 dpn tv, tgk Al-Hidayah..kali ni tajuk tentang pengisian  fizikal dan rohani..antara perbincangan yang menarik, bila ustaz tu cakap kepada ibu-ibu yang sedang hamil, ingat bahawa anda sedang mengandungkan seorang khalifah..jadi apa persediaan anda semua untuk membesarkannya sebab kita semua tahu tugas seorang khalifah itu sebagai hamba Allah yang taat menjunjung perintahNya, dan bakal memakmurkan bumi Allah taala ni..
Tersentak jap..ye, anak yang saya kandungkan ini adalah mujahid yang bakal memberi sumbangan kepada agama dan bangsanya suatu hari nanti..

Ustaz tu menegur tentang pemakanan ibu-ibu mengandung..ibu-ibu seharusnya peka dengan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak, bukan bila anak dah ada dpn mata shj, tetapi mstlalah dididik semasa anak di dalam kandungan lagi..kena ambik pemakanan sunnah nabi..ikut adab2 yg disarankan dlm islam..bukan ikut terjah je..takkan kita nak besarkan khalifah dgn pemakanan seperti McD, KFc..(opps, terkena batang idung)..


Ustaz tu jgk ckp, pemakanan yang baik bkn sahaja yang berkhasiat tuk jasad fizikal kita semata2, tapi masa pengambilan makanan tu kenalah selitkan sekali dgn pengisian rohani, nilai2 islam..cthnya ibu2 nk sediakan mknn tuk keluarga, kenalah mulakan bacaan bismillah, berzikir hembus2 sket dlm masakan tu....niat supaya makanan yang disediakan tuk suami dan ank2 diberkati..niatkan agar anak2 jadi anak yg soleh solehah, lembut hatinya, baik akhlaknya..bukan melalak2 smbil masak buka radio kuat2, nyanyi2 kan..hehe..kelakar la ustaz ni..lagi 1 ustaz pesan, peranan ibu bapa untuk ajar anak amalkan baca doa sebelum mkn, tidak meniup mknn, makan secara tertib mengikut adab-adab makan dalam islam..barulah anak terdidik dengan akhlak2 mulia..=)

 alhamdulillah peringatan yang amat baik..insyaAllah akan diamalkan ye ustaz..=)

bakal mujahid kecil ibu..=)
Ya Allah, rahmati dan peliharalah zuriatku ini selama ia berada dalam rahimku..sihatkan ia, sempurnakanlah perkembangannya..jauhinya daripada segala penyakit..jadikan dia anak yang soleh solehah, baik akhlaknya dan berguna untuk agama dan negaranya..aminn..

Bertemu sahabat lama

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, Allah berikan keizinan tuk bertemu sahabat lama, since kat MRSM taiping..rasanya pas SPM kot ktorang dah x jumpe..dulu rapat sebab sama2 jadi naqibah usrah..rindu sangat kat Sya..rindu..rindu..dia dtg melaka sbb kerja..2 hari je..tp alhamdulillah ada kesempatan tuk temukan kami..sonoknya..banyak benda sempat borak..psl kehidupan umh tgga, keluarga..psl keje, psl diri sndr gk la..hehe..happy tgk sya skrg..beruntung sguh Syafiq dpt isteri yg manis, lembut, baik mcm teman sy ni..alhamdulillah terbit rasa syukur tgk teman saya ni bahagia dgn life skrg, di samping suami tercinta, dan jeng2...bahagia dgn mujahid kecil yang bakal muncul pada akhir tahun ni..beza seminggu je ng saya rupanya..tahniah Sya dan Syafiq^_^

Tak sempat ambik gambar smlm..so grab kt fb Sya..(sori ye syafiq, kte crop gambar wife awk je..(mcm la syafiq baca blog ni..hihi)

Doa 12 Pintu Kebaikan..


Perkongsian doa pembuka 12 pintu kebaikan..doa ni dah jadi amalan dari kecik lagi ble pas smyg sbb abi mmg suh kami adik beradik amalkan..

Sunday, April 29, 2012

Realiti yang indah..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..


Pening dok ngadap laptop buat assignment kissm, jom cari terapi tuk relaks2 kn otak yang pening2 ni..apa lg klu bukan, mengadap blog kesayangan ni..hehe..kalau tadi ada entry pasal mimpi yang indah, ni nak buat sebaliknya..REALITI yang indah..=)


can see his heart beat=)


Keciknya dia..comel..masa baring, doktor nak scan..Allah je tau perasaan masa tu..dup dap dup dap..saya istighfar dlm hati..mata langsung x pandang screen monitor, juz tertacap tetap kt muka incik darling..saya takut yg amat..hmm..then tgk darling dah senyum lebar, i can feel that my baby is fine..pastu baru mata ada kekuatan nak tgk screen..syukur alhamdulillah..sebak terasa..alhamdulillah syukur Allah makbulkan doa saya untuk dapat pengganti secepat yg mungkin..tq jgk tuk incik darling..=)


Walaupun keadaan dulu ng skrg jauh berbeza, misalnya dulu langsung xde muntah2..dan skrg x kira masa nk uwek2..cian anak ibu xdpt khasiat secukupnya..bergantung kat shake herbalife sepenuhnya..kdg2 xleh jgk nk telan, tp gagahkan diri jgk nak minum shake tu..at least 2x sehari..hm, pening kepala tu dah jadi kawan baik dah..kul 8 mlm mmg dah x larat dh..nak ngadap keje mmg x mmpu..pusing2 pale ni rs..(tu yg dh sebulan assgnment x siap2 lg ni..)lg 1, sbb tu Hb rendah, 10.8..kurang oksigen dlm drh..nurse bg nasihat suh makan 20 biji kerang sehari..aduyai nurse, mana la sy nk cekau kerang tu..tp incik darling ckp, xde kerang leh ganti ng sayur spt bayam, hati ..cuma kalau lauk mcm hati ayam tu x berapa molek sgt..brg dlm x digalakkan..


Satu lg dugaan nak telan ubat yg comel ni..pink gitu..i like..tp like colour je la kn..bau dia dan saiz dia memang melemahkan semangat..tp untukmu zuriat, ibu paksa telan gak la kn..
iberet folic
Lagi satu dugaan bab nk po poo..aduhai..susahnya evn dah minum air lbh 3liter sehari, mkn sayur ng buah mmg xpnh skip..sadisnya bila nk masuk toilet..tp darling ckp normal tuk pregnant woman..tp skrg dh beransur ok la sket..bangun pg2, pas ambik wuduk, minum air suam segelas..solat, mtk doa supaya senang nak po poo..alhamdulillah doa ibu mengandung ni mmg cpt Allah mkbul kn..pas solat, bce Quran sket, then mst terus nk gi toilet..=)


Apa pun, saya x putus mendoakan mg Allah memelihara kesihatan dan perkembangan zuriat saya kali ini..semalam baru genap 2 bulan..harap2 saya mampu lalui first trimester ni dgn lancar..doakan saya...amin ya Rabbal alamin..

mimpi yang indah..


Saturday, April 28, 2012

Happy Birthday Darling

Bismillahirahmanirahim..


Assalamualaikum..
Syukur alhamdulillah masih diberi ruang tuk terus melangkah di atas bumi Allah yg luas ini dan diberi kesihatan yang baik tuk terus menjalankan amanah2 yang tersandang sebagai hambaNya ini..


Dah lama nk update entry ni..tapi baru berkesempatan..hehe..tahun ni xdapat balik kelate even awal2 thn lg dh booked ticket balik kelate..takut effect baby kecik ni..huhu..melayang gtu je duit..burn tiket..xdpt nk buat cheese cake mcm last year..xdpt celebrate skali ng abe dean ng maa..huhu..tapi terpujuk jugak hati yg terkilan ni sbb incik darling willing dtg lg melaka evn bru seminggu lps darling dtg sini..


Khas tuk Incik darling pujaan hatiku, Happy bIrthday!! 23 April..yang ke-30..(darling dh angka 3 kt depan, dah besau panjang anak bongsu kembau makcik fatimah ni kan..^_^)..ayang doakan darling sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik sentiasa, dipermudahkan segala urusan kerja harian darling, moga kasih sayang kita kekal dan sentiasa bertambah-tambah, jadi suami dan bakal ayah yg sentiasa terbaik, dan moga2 kita bahagia sokmo2..cayang darling sampai syurgaa..=)

cayang dia..

Monday, April 16, 2012

Kanak-kanak ribena..

LOKASI : TAMAN PERMAINAN KOLEJ MARA BANTING
MASA : 6 PETANG
TARIKH : 15 APRIL 2012
AGENDA : TEMAN KANAK2 RIBENA MAIN SAMBIL TUNGGU BABA DORG JOGGING


peace..^_^
kelakar je muka wan..hehe
kitorang bdk paling comel..
piweett..usna usha pakwe mana tu.