Ya Rabb..

Ya Rabb..

Wednesday, July 28, 2010

MencaRi..





Apabila manusia mula mencari kebenaran, kepahitan yang ditelan diganti dengan madu yang mengubati kesakitan..

cinta bersulam redha..




Cinta itu ibarat pohon.Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta itu akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.Kita bajai dgn kepercayaan dan kejujuran, sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu.

semoga pepohon cinta bersemi, daunan rindu merimbun di hati,
selamanya..di bawah rahmat dan kasih ilahi..

Tuesday, July 20, 2010

destinasi cinta yang ku cari




Dalam menyingkap tirai hati,

aku bersujud mengintai keampunanMu,

dimana lagikah mampu aku temui cinta sejati..

kecuali pada cintaMu..

ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..

kecuali pada qudus kasihMu..

Jadikanlah hati yg lemah ini ya Allah..

bertaut kukuh hanya padaMU..

pimpin langkahku agar aku tidak jauh terpinggir dariMu

Aku mohon redha atas segenap keputusanMu

kesejukan setelah matiku..

kenikmatan memandang wajahMu..

dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..

Ampunilah diri yang jahil ini Ya Allah ..

dengan keindahan maghfirahMu

tuntunlah aku kembali

menuju destinasi cinta yang ku cari

syaaban menjengah lagi..




Diam x diam, rejab sudah berlalu..kini, menjengah pula syaaban yg mulia..(^_^)

Syaaban maksudnya bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.seronoknya!(^_^)

Masyarakat Arab menggambarkan kemuliaan Syaaban ini dgn ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

2. Keperkasaan dan ketinggian.

3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

4. Kasih-sayang dan kemesraan.(^_^)

5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.

so, utk menghormati bulan mulia ni, marilah kita sama2 muhasabah diri dan mempertingkatkan amal ibadat..contohnya :
- pbnyakkan puasa sunat
- melazimi zikir dan doa
- solat taubat dan istgfar

sesungguhnya, Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: Ayat 31).

selain tu shbt2, bulan mulia ni juga dihiasi indahnya dgn nisfu syaaban..

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban)

bingkisan ini sekadar untuk mengingatkan diri sndri dan akhwat ikhwan yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup kita sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina..smg kita d bwh lembyung rahmatNya sntiasa..ameeen..=)

Wednesday, July 14, 2010

jarak itu pemisah kita..


Jauh itu ada jarak yang terpisah,
jauh itu ada ruang yang memisah,
jauh itu dua insan yang terpisah,
jauh itu ada 2 hati yang dipisah..

dan..

jauh itu juga ada rindu yang tak sudah..

Monday, July 12, 2010

saya sayang ibu!




Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu. suatu hari,Seorang anak
telah mendapatkan ibunya yg sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur.
Kemudian dia menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu. si ibu segera membersihkan tangan dan lalu menerima
kertas yang dihulurkan oleh si anak dan membacanya.

bayaran upah membantu ibu:
1) Membantu Pergi Ke Warung: rm2
2) Menjaga adik :rm2
3) Membuang sampah rm1
4) Mengemas Tempat Tidur : rm2
5) menyiram bunga : rm1
6) Menyapu Halaman rm2
Jumlah : rm10

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
yang raut mukanya berbinar-binar.
Si ibu mengambil pena dan menulis
sesuatu dibelakang kertas yang sama .

1) Bayaran mengandungmu selama 9bulan- percuma
2) bayaran berjaga malam kerana menjagamu -percuma
3) bayaran air mata yang menitis keranamu -percuma
4) bayaran risau kerana selalu memikirkan keadaanmu -percuma
5) bayaran menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu -percuma
6) bayaran mencuci pakaian, gelas, piring dan keperluanmu - percuma
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca. Si anak
menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayang Ibu".Kemudian si
anak mengambil pena dan menulis sesuatu didepan surat yang
ditulisnya: "Telah Dibayar"



MAKA ..
JIKA ORANGTUA KITA MASIH ADA .. BERIKANLAH KASIH SAYANG DAN PERHATIAN LEBIH DARI YANG PERNAH KITA BERIKAN SELAMA INI
JIKA MEREKA TELAH TIADA ... INGATLAH KASIH SAYANG DAN CINTANYA YANG TELAH DIBERIKANNYA DENGAN TULUS TANPA SYARAT KEPADA KITA..

Sunday, July 11, 2010

For the rest of my live




I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

And theres a couple word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally


I know that deep in my heart..

Saturday, July 10, 2010

Bingkisan hati..




Ya Allah, kuatkan hati ini dlm merentas benua mehnahMu, aku bimbang karam di tengah-tengah samuderaMu..kuatkan ranting-ranting perjuanganku agar aku tidak goyah bila hadir ribut dugaan yang membingkis perjalananku, yang menyekat nawaituku, yang menghalang gerak langkah menyusur arahMu..

Qudusnya kasihMu, paut dan genggam erat2 diriku agar aku tidak jauh dariMu..amin..

Friday, July 9, 2010

Andai ini takdirnya..





Hati..jgn kau tangisi apa yg terjadi..andai ini yg terbaik,belajarlah erti redha..kerna itu yg kn buatkan kau makin tenang..

cinta..

utk mereka, kan ku lakukan segalanya..aku hanya ingin mereka bahagia..aku cme ingin jd anak yg patuh, yg mampu berbakti selagi mereka di sisi, dan yg setia dgn org yg malahirkan dan mmbesarkanku..Tuhan, berkatlah apa yg ku lalui ini..aku pasrah..

Thursday, July 8, 2010

suatu ketika..


sedim~kEm bIna insaN gUrU

wif my bf, wanie..rindU kamU


beloveD rmmte, kak UnA (^_^)



taman tasik..

kenangan di puteri ayu resort, yan

Wednesday, July 7, 2010

dulu, kini dan selamanya..






sahabat~kenangan terindah



Dulu kita pernah mengukir kenangan bersama..suka duka..gelak tawa buat kan aku rindu..rindu yg amat pada sahabat2..mrsm taiping..satu nama gah yg tersemat di kalbu..aku blaja erti hidup yg sukar ditukar ganti.. sebuah pertemuan~lagu inteam..indah bait-bait kata lagu ni..seindah ukhwah yg terjalin itu..satu demi satu kenangan silih bermain di dlm kotak fikiran..jauh mereka skrg..bila la dpt jumpa lg.. andai ada rezeki, andai ada ruang, insyaAllah kita jumpa lagi..doa2kan ye..(^_^)

Tuesday, July 6, 2010

siapa diri ini..


Diri ini adalah hamba,
mengikat janji ‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna”

Diri ini terbentuk dari setitis air yang hina,
terpilih dikalangan berjuta.

Diri ini lahir ke dunia,
tanpa tahu menulis dan membaca.

Diri ini lalu menjadi seorang anak
buat kedua ibu bapanya.

Diri ini punya tanggungjawab sebagai kakak,
mahupun adik dikalangan saudaranya.

Diri ini menuntut ilmu untuk agama dan bangsa ,
digelar mahasiswa.

Diri ini adalah sahabat,
cermin buat rakan disekelilingnya.

Diri ini adalah rakyat,
yang mahukan kegemilangan negaranya.

Diri ini bakal guru,
pendidik warisan bangsa,

Diri ini adalah bakal isteri,
patuh kepada suaminya.

Diri ini adalah bakal ibu,
mendidik generasi seterusnya.

Diri ini bakal kembali kepadaNya ,
dihisab dan bertemu penciptanya.

perjalanan hidup yang masih jauh..



Meniti pentas kehidupan, hayunan langkah x pnh berhenti...dan mehnah hidup x pnh jemu menjengah..kdg2, buatkan aku terduduk dan menangis..namun, kehadiran insan-insan yang setia, buatkan aku sedar, aku bukan keseorangan, aku masih ada mereka..yang masih sayang, yg masih memerlukan..di sini..terus melangkah..menuju satu destinasi yg telah termaktub penghujungnya..