bila tinta berbicara, coretan hati saksi segalanya.. Di manapun, jalan untuk mencapai kesucian hati adalah melalui kerendahan hati..
Ya Rabb..
Monday, July 12, 2010
saya sayang ibu!
Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu. suatu hari,Seorang anak
telah mendapatkan ibunya yg sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur.
Kemudian dia menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu. si ibu segera membersihkan tangan dan lalu menerima
kertas yang dihulurkan oleh si anak dan membacanya.
bayaran upah membantu ibu:
1) Membantu Pergi Ke Warung: rm2
2) Menjaga adik :rm2
3) Membuang sampah rm1
4) Mengemas Tempat Tidur : rm2
5) menyiram bunga : rm1
6) Menyapu Halaman rm2
Jumlah : rm10
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
yang raut mukanya berbinar-binar.
Si ibu mengambil pena dan menulis
sesuatu dibelakang kertas yang sama .
1) Bayaran mengandungmu selama 9bulan- percuma
2) bayaran berjaga malam kerana menjagamu -percuma
3) bayaran air mata yang menitis keranamu -percuma
4) bayaran risau kerana selalu memikirkan keadaanmu -percuma
5) bayaran menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu -percuma
6) bayaran mencuci pakaian, gelas, piring dan keperluanmu - percuma
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - percuma
Air mata si anak berlinang setelah membaca. Si anak
menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayang Ibu".Kemudian si
anak mengambil pena dan menulis sesuatu didepan surat yang
ditulisnya: "Telah Dibayar"
MAKA ..
JIKA ORANGTUA KITA MASIH ADA .. BERIKANLAH KASIH SAYANG DAN PERHATIAN LEBIH DARI YANG PERNAH KITA BERIKAN SELAMA INI
JIKA MEREKA TELAH TIADA ... INGATLAH KASIH SAYANG DAN CINTANYA YANG TELAH DIBERIKANNYA DENGAN TULUS TANPA SYARAT KEPADA KITA..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment