bila tinta berbicara, coretan hati saksi segalanya.. Di manapun, jalan untuk mencapai kesucian hati adalah melalui kerendahan hati..
Ya Rabb..
Tuesday, July 20, 2010
syaaban menjengah lagi..
Diam x diam, rejab sudah berlalu..kini, menjengah pula syaaban yg mulia..(^_^)
Syaaban maksudnya bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.
Bulan Syaaban merupakan antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.seronoknya!(^_^)
Masyarakat Arab menggambarkan kemuliaan Syaaban ini dgn ertinya yang tersendiri antaranya:
1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.
2. Keperkasaan dan ketinggian.
3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.
4. Kasih-sayang dan kemesraan.(^_^)
5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.
ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN
1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.
so, utk menghormati bulan mulia ni, marilah kita sama2 muhasabah diri dan mempertingkatkan amal ibadat..contohnya :
- pbnyakkan puasa sunat
- melazimi zikir dan doa
- solat taubat dan istgfar
sesungguhnya, Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: Ayat 31).
selain tu shbt2, bulan mulia ni juga dihiasi indahnya dgn nisfu syaaban..
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban)
bingkisan ini sekadar untuk mengingatkan diri sndri dan akhwat ikhwan yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup kita sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina..smg kita d bwh lembyung rahmatNya sntiasa..ameeen..=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment