Assalamualaikum shbt2..
SALAM MAAL HIJRAH
Alhamdulillah, setinggi syukur kita pnjatkan pd Illahi kerana masih dikurniakan ruang tuk kte mghirup udara segar tnpa secebis byrn pn, masih mampu kita mengatur lgkah dlm menghabiskan sisa-sisa khidupan ini dgn amal2 dlm mgapai barakahNya..kita kini dah melangkah masuk ke tahun baru hijrah, 1 Muharram 1432H..cepat kn ms berlalu..bagaimana pengisian tahun yg lps?cuba hitung2 amalan lalu, adakah akaun kita byk terisi pahala atau hanya menimbun tinggi dgn dosa menggunung??
Sedikit perkongsian info tentang bulan hijrah Muharram..
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah saw berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah saw memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah saw, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Doa akhir tahun:
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Doanya :
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari Mu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Doa awal tahun:
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."
Doanya :
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Sebagai hamba kerdil yg masih diberi kesempatan tuk mengatur lgkah atas bumi Allah ini, sama2 lah kita berazam, pasang niat tuk cuba perbaiki diri ke arah yg lebih baik, ke arah menjadi mukmin dan mukminah yg dicintai Allah..insyaAllah, ameen..
Saya juga meletakkan azam dlm diri dan hati..bernekad, bertekad..sy nak perbaiki diri, perbaiki iman yg kian rapuh..mg mampu mjdi mukminah perindu syurga..menjadi yg terbaik tuk insan2 yg mencintai dan saya cintai..tuk suami, tuk ummi abi, ma, dan sume family yg sy syg..dan bila melangkah ke alam karier x lme lg, sy juga berazam tuk jd pendidik yg baik tuk ank2 didik sy, insyaAllah..
No comments:
Post a Comment