Ya Rabb..

Ya Rabb..

Friday, December 31, 2010

My heart said..

 I MISS HIM..


REALLY MISS HIM..

i miss everythings 'bout him..seeing his smiling, his lovely face, his voice, his warmth hugs n kisses..yes, everythings..='(..

Da masuk 3 hari sy bjauhan dgn suami..sy tau sy buat keputusan tburu2..ikut perasaan homesick, rindu kt fmly..sy xsmpat2 nk tgu abg btul2 free, then balik bsme2 abg..
abg, ampunkan ema..ema bdosa kt abg evn abg slalu ckp "xpe, abg phm. xde apa abg nk mfkn, sbb ema xbt slh pape"..(lg ema nk nangis ble abg kata gini)

Bukan xpnh bjauhan, tp kali ni rs lain sgt..mmg sy rs happy sbb dikelilingi fmly, ank2 sedara tp jiwa ni tetap terasa kekurangan..rs kosong, sunyi yg amat..x sama..rs lain sgt bila x tatap wajah abg sehari..sebelum ni ble blik gm, bjauhan 2 3 hari, tiap mlm still dpt 3g..tp kali ni xdpt..hp suami problm..Ya Allah, Tuhan je tau cmne gelora ht ni..sy btul2 rindukn dia.. ema rindu abgggg..='(

Kalau ikutkan hati dan ade kete, mmg rs nk redah je blik psr mas sndr..tapiii....x dpt..huhu..abg plak xsehat lg..xdpt nk dtg ambik mcm biase..tmbh2 bz ng keje..huhu..sedeynyee rs..='(

Rasa dah xleh nk tahan sedeyy..


tiap kali pas ckp ng abg kt fon, mst kesudahannya sy nangis.terutama wktu mlm..mst basah bntal b4 tdo..='(.
jujur dr hati, sy kesal ng sikap sndr..tp xpela...i learned something..huhu

Marriage is the capacity to give each other a break. when he or she comes back to u, yes..it's ur true love..and to realise that's it's not how our similarities work together but it's how our differences work together.. 

Abg, thanks for everything that you shared wif me..and thanks for being my lovely ones..

I LOVE YOU, BABY..
















Tuesday, December 28, 2010

Hadirnya cinta

Bismillahirahmanirahim..


Cinta
antara anugerah dan nilai dalam diri
hanya insan yang merasai mengerti
tulusnya cinta yang dicari
indahnya cinta yang menggamit hati

Cinta
hadirnya tanpa diduga
datangnya tanpa disangka
mekar ranum di dalam jiwa
menyemai sayang menyuntai rasa

Ya Allah,
satukan jiwa aku dan dia
pimpimlah kami
dalam bertatih meraih cinta kudus-Mu
kami sekadar insan yang lemah
berpaut rapuh di dahan kasih sayangMu




Wednesday, December 22, 2010

Isteri solehah

Bismillahirahmanirahim..



Berbicara tentang isteri solehah, tentunye sume wanita inginkan title ni kan..termasuklah saya..tapi, kadang2 terpikir sorang2, mampukah aku? saya cuba sedaya mungkin tuk jadi yg terbaik tuk suami, jaga mkn pakainya, jaga kelakuan agar hatinya x terguris..tapi saya akui, kdg2 airmata yg hadir, melukakan hatinya tanpa sedar..dah 2x rsnye menangis tanpa sebab.tibe2 tingin nk nangis, sy nangis la.tp sy dah bt dia susah hati...berdosanya rasa..

Hmm..sume yg jadi nie mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.


Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu..

Wallaualam..

Sunday, December 12, 2010

Sensitif ?

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..
Malam ni teringin nk share psl wanita vs sensitif..AIRMATA??


Orang selalu ckp, wanita dan airmata x dpt dipisahkan. kenapa ye?lemah sgt ke insan bergelar wanita? dan adakah airmata tu tanda kelemahan seseorang??
Ntahlah, kadang2 x nafikan, bila pempuan tengah menstual, kita ni jadi sensitif sgt. dan kdg2 tu melampau2 kn?sume cm x kena, sume x betul..rasa nk mrh, nk mngamuk..tapi lelaki paham ke?

Sensitif ni klu kena pada tempat sebenarnya positif je. contohnya, sensitif pada keadaan sekeliling. kalau seorang ibu sensitif kepada keperluan anak kecilnya, so xdela ank kecik tu menangis kelaparan ataupun kebasahan kan..dalam kata lain,peka la kot. tapi kalu senstitif bab perasaan plak cmne? salah ke tuk kita terasa, kecik hati dgn org yg hmpir ng kte, contohnya fmly or kwn2 kita? Jawapan dia, BOLeh..tapi bia kena pada tempatnya..jangan sebab kecik pn nk menangis..(ingatan tuk diri sendiri sebenarnya..huhu)..

Kadang2, bila ng org yg kita tlalu syg, cpt bnar nk terasa ng prbuatan dan kata2 mereka kn..sensitif lebih2..tapi kalu sy menangis, sy x mrh pada dia, xde sekelumit marah pn, cme sy kesal dan kecewa ng diri sendiri..sbb x mampu jd yg terbaik dan sempurna pd matanya..tapi bila airmata yg ditahan, xmmpu lg dibendung, menangis jgk la..malu, kecewa, sedih, terluka..sume ada,bcmpur baur..huhu..cme, bila dah istgfar, sy kn tnya pd diri sndiri,muhasabah diri..perlukah aku menangis sbb ni? perlukan aku susahkan hatinya dgn airmata ni?....abang, maafkan ema..

apa pun, hargailah setiap insan yg ada di sekeliling kita..ayah ibu, suami istri, adik2 abg2, kakak2 termasuklah kwn2..sayangi dan cintai mereka selagi kta msih ada sisa2 hidup di dunia ni..epi2 selalu ye..it is all about peace..=)



Wallaualam..^_^



Tuesday, December 7, 2010

Antara cinta dan pengorbanan-part 3

Jiha termenung sendirian. Hatinya berbisik lagi. Ke mana harus dibawa resah yang bertandang, ke mana harus dialun perasaan yang kian mencengkam. Dia mengeluh kecil. Hatinya diusik pilu. Airmata jernih mengalir kembali. Saat bahagia asyik mengulit antara dia dan Adam, pergolakan jiwa datang tanpa dipinta. Ketika mengemas laci di kamarnya, dia terjumpa sepucuk surat. Karangan jiwa suaminya, Adam. Buat si gadis bernama Alia..

Siapa Alia?? Hati bagai menghentak-hentak ingin tahu. Nukilan jiwa yg menggambarkan kekecewaan, terkilan atas perbuatan si gadis yang dianggap mempermainkan perasaannya. Kemudian, gambar seorang gadis lagi ditemui di dlm laptop Adam sekali lagi mengguris hatinya. Kemesraan terpantul dari raut wajah mereka. Baru kini dia sedar, dia bukanlah yang pertama dalam hidup Adam. Hatinya diburu rasa cemburu yang membuak-buak.

"Kenapa abang masih simpan semua tu?Abang masih ada hati dengan mereka kah? Di mana kurangnya aku di sisinya? Sampai hati, abang" satu demi satu persoalan mengetuk mindanya yang makin bercelaru..

"Ya Allah, kurniakan aku kesabaran dan kekuatan. Usirkanlah perasaan resah yg bertandang ini", Jiha menyeka airmata yang makin deras mengalir.

"Assalamulaikum"..suara Adam kedengaran di muka pintu. Tiada sahutan. Lalu, dia mengatur langkah sendiri ke dalam rumah. Gusar melanda, ke mana Jiha. Biasanya isterinya itu akan menyambut kepulangan dengan senyuman dan kucupan di muka pintu.

"Assalamualaikum sayang. Jauh Jiha termenung, abang bagi salam pun tak sedar ye", Adam berbisik di telinga Jiha. Jiha tersentak dengan kehadiran suaminya itu. Jauh benar lamunannya sampaikan kehadiran Adam langsung tidak disedari.

"Jiha menangis?Kenapa ni sayang, beritahu abang. Jiha ada masalah ye?" Tangan Adam merangkul lembut leher jinjang itu. Adam menyentuh pipi isterinya itu. Disekanya mutiara jernih yang masih berbaki mengalir di pipi indah milik Jiha lalu dihalakan muka kesayangan itu bertentangan dengannya. Mata mereka bertentangan.

"Eh, tak adalah, bang. Mata Jiha masuk habuk. Abang mesti penat kan, Jiha buatkan air ye", Jiha mencari jalan untuk melepaskan diri dari pelukan suaminya. Dia bimbang. Mata itu tajam merenung ke dalam matanya. Seolah-olah mencari satu kepastian. 

Adam meleraikan rangkulannya perlahan, sebagai isyarat membenarkan Jiha ke dapur. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia sedar, ada sesuatu tersirat dalam jiwa suri hatinya itu.






Maal Hijrah 1432H

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum shbt2..

                                                SALAM MAAL HIJRAH


Alhamdulillah, setinggi syukur kita pnjatkan pd Illahi kerana masih dikurniakan ruang tuk kte mghirup udara segar tnpa secebis byrn pn, masih mampu kita mengatur lgkah dlm menghabiskan sisa-sisa khidupan ini dgn amal2 dlm mgapai barakahNya..kita kini dah melangkah masuk ke tahun baru hijrah, 1 Muharram 1432H..cepat kn ms berlalu..bagaimana pengisian tahun yg lps?cuba hitung2 amalan lalu, adakah akaun kita byk terisi pahala atau hanya menimbun tinggi dgn dosa menggunung??


Sedikit perkongsian info tentang bulan hijrah Muharram..

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah saw berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah saw memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah saw, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

                                   Doa akhir tahun:                                  

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Doanya :
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari Mu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

                                       Doa awal tahun:                               

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Doanya :
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Sebagai hamba kerdil yg masih diberi kesempatan tuk mengatur lgkah atas bumi Allah ini, sama2 lah kita berazam, pasang niat tuk cuba perbaiki diri ke arah yg lebih baik, ke arah menjadi mukmin dan mukminah yg dicintai Allah..insyaAllah, ameen..


Saya juga meletakkan azam dlm diri dan hati..bernekad, bertekad..sy nak perbaiki diri, perbaiki iman yg kian rapuh..mg mampu mjdi mukminah perindu syurga..menjadi yg terbaik tuk insan2 yg mencintai dan saya cintai..tuk suami, tuk ummi abi, ma, dan sume family yg sy syg..dan bila melangkah ke alam karier x lme lg, sy juga berazam tuk jd pendidik yg baik tuk ank2 didik sy, insyaAllah..