Ya Rabb..

Ya Rabb..

Thursday, September 23, 2010

Cinta itu anugerah..

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum akhwat, ikhwan..

Rasulullah saw bersabda tentang sayidatina Khadijah r.h.a maksudnya :
"Aku telah dianugerahi rasa cinta kepadanya"
                       ( Ibnul Qayyim al Jauziah, Kitab l-Daa' wa al Dawa)

Cinta itu anugerah
Al-Hubb atau Al-Hibb maknanya cinta dan kasih sayang. Rasa cinta itu sememangnya suatu anugerah. Allah berhak mencampakkan perasaan indah itu ke dlm jiwa hambanya, Dia juga berhak menarik balik perasaan itu bila-bila masa yang Dia kehendaki. jadi, sebagai seorang hamba, kita seharusnya bersyukur dan sentiasa menjaga perasaan cinta itu agar ia sentiasa mekar dalam redha Allah..

Saya masih lagi dalam fasa-fasa hangatnya bergelar pengantin baru..hehe.(^_^)..Tiap masa rasanya indah berbicara tentang cinta bersama suami..saya bertuah memiliki suami yang baik hati, romantik dan cukup memahami..alhamdulillah..bertuah kn aima nazihah?hehe^_^

Kat sini saya nk berkongsi 10 tips membina syurga dunia..melalui pembacaan saya, buku "Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul", hadiah daripada ukhti tersayang, Siti Mardiah dan ehem2nya, En Qalbi sempena perkahwinan saya..thanks ye mar ng Qalbi..=)

Tips memiliki syurga dunia di dalam rumah tangga :
  1.  menjaga keberkatan
  2. memanjakan pasangan dgn panggilan yang disukainya
  3. selalu berkongsi rasa dan cinta
  4. bersegera  memenuhi permintaannya
  5. setia mendampinginya
  6. memberikan penjelasan dan menuturkan kata-kata manis
  7. bersedia mengubah tingkahlaku atau tabiat kebiasaannya
  8. menghidupkan salam
  9. tidak lokek mengucapkan terima kasih
  10. berpisah sementara dan menikmati rindu
10 tips tuk hari ini..aplikasi dulu, then kte smbung tips seterusnya hari-hari lain ye.=)

jazakallah..

salam~zaujah abg

No comments:

Post a Comment