Ya Rabb..

Ya Rabb..

Friday, October 1, 2010

Antara cinta dan pengorbanan..part 2


Indah rasanya bersimpuh di situ, merenung ke dalam diri, menghirup udara senja. Deruan ombak bagaikan melodi indah menyapa telinga..Jiha menarik nafas sedalam-dalamnya. Terasa tenang jiwanya. Bebanan masalah yang menghimpit diri selama ini dibuang jauh-jauh..

"Aku ingin mulakan hidup baru". Dia menyelak lembaran diari yang sekian lama ditinggalkan. Hmm,membuka diari itu bermakna dia membelek kenangan-kenangan lalu. Lipatan sejarah yang menggamit kenangan lampau..Airmata yang mula bertakung disekanya..Pergilah sepi..
"Tuhan, kuatkan hati ini menempuh raujau yang telah Kau hamparkan untukku. aku tak ingin menangis lagi", bisik hati kecilnya.

Kini, banyak telah berubah. Laluan hidupnya penuh warna-warni yang menghiasi. Dia bahagia, gembira dengan insan-insan kesayangan yang sentiasa hampir dengannya. Kalau dulu, airmata dan diari teman setianya, kini tiada lagi semua itu. Jiha telah bersedia melontar semua itu jauh dari kamar hidupnya. Dia tidak ingin kenangan silam mengetuk memori mindanya lagi. Dia tak mahu memori lampau menjadi penghalang kebahagiaan yang dikecapinya kini. Biarlah apa orang bercakap tentangnya, biarlah apa cemuhan yang dilontarkan untuknya. Hm..biarlah mereka..Mereka tidak mengerti kemelut hatinya, tiada siapa merasa kepahitan yang dia telan sendirian..Dia tidak perlukan simpati dari mereka..Dia tidak mahu menagih belas dari sesiapa. Dia belajar erti redha dan dia telah  lama bersedia sebenarnya.
"Mulut orang, memang tak akan berhenti. Biarlah aku dengan hidup aku, ada aku kisah," Jiha tergelak kecil, ayat "ada aku kisah" dari Din Beramboi tu terasa lucu bila diungkapkan.

Dia tahu, kawan-kawan lama sibuk bercerita tentang dirinya. Mereka seolah-olah mempertikaikan mengapa terlalu cepat kasihnya berubah arah, mengapa terlalu cepat cintanya terkubur layu. Kenapa tidak, hubungan dia dengan Emy dulu terikat utuh dlm fikiran kawan-kawan mereka. Bukan sekejap hubungan mereka, 6 tahun menyulam kasih, menyemai sayang.  Tapi, apa yang mampu Jiha katakan, mereka tiada jodoh. inilah ketentuan Illahi. Dia hanya insan kerdil yang tiada daya. Takdir menentukan dia bukan milik Emy, tetapi milik Adam, insan yang sah bergelar suaminya sekarang. Jiha bertekad untuk menjadi isteri yang terbaik dan solehah. Dia sedar, dia memikul amanah yang besar seusai lafaz ijab kabul. Walid telah menyerahkannya sebagai isteri kepada Adam.

Bayu senja menyapa lembut pipinya yang putih kemerahan itu. Dingin..Indahnya ciptaan Tuhan. Indah sekali tatkala senja berlabuh dengan warna kemerah-merahan menghiasi dada langit. Kanak-kanak masih riang berkejaran di gigi pantai. Seronoknya menjadi mereka. Tidak ada apa yang perlu digusarkan, tidak ada apa yang perlu menjadi beban fikiran. Dia mengerling jam di tangannya. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Hm, Dia perlu pulang sekarang. Mesti ibu dan walid mencari-carinya di rumah. Adam, suaminya kerja malam hari ini. Jadi, dia masih bersama-sama Ibu dan Walid, tempat menumpang kasih dari kecil sampailah usianya sekarang. Tidak pernah kurang walau seinci kasih yang kedua-dua ibu bapanya curahkan walau dia kini berada dalam tanggungjawab Adam.

Adam, seorang lelaki yang hadir dalam hidupnya atas aturan orang tua. Namun, kebaikan, layanan dan kasih sayang yang dicurahkan insan itu benar-benar mengetuk pintu hati wanitanya. Dia mula jatuh cinta, jatuh hati pada insan yang kini halal untuknya.
"Abang, Jiha serahkan hati dan jasad ini ke pangkuan abang agar abang mampu tuntun dan didik Jiha menuju cinta ke syurga. Jika Jiha buat salah, guriskan hati abang tanpa Jiha sedar, tegurlah Jiha. Jiha cintakan abang, Jiha ingin hidup bahagia bersama-sama abang dan zuriat kita sepanjang hayat Jiha", masih terngiang kata-kata itu pada malam pertama mereka.

"Emy, aku doakan kau bahagia walaupun bahagia itu bukan aku yang curahkan", hatinya berbisik lagi.
.
Jiha menyeka mutiara jernih yang makin deras mengalir. Dia memanjat setinggi syukur atas percaturan hidup yang ditentukan pencipta untuk hamba kerdil sepertinya. Dia bangun, tersenyum memandang pantai yang masih berlagu riang bersama-sama ombak yang tak pernah jemu dan tetap setia menemani.
" Aku bukan lagi sendiri, suamiku kan sentiasa di hati" Hari-hari yang dilalui penuh bererti . Kini, tiada lagi hujan di dalam hati. Dan kini jua, dia telah temui pelangi yang sekian lama dinanti..


nukilan indah~zaujah abg^_^

6 comments:

  1. aima :)
    tahniah ye
    biarkanlah org nak kata apapun ma
    aima yang tahu siapa aima
    aima yang kenal diri aima
    Allah dh tentukan dia jodoh aima tentu ade sebabNYA
    Dia maha mengetahui sedangkan kita tidak
    Aima teruskanlah berjuang demi mahligai yg aima bina bersama dia
    Mudah2an inilah jalan yang betul utk Aima cium bau syurga..amin :)
    Gudlcuk ye sayang...Moga berbahagia

    ReplyDelete
  2. thanks fad..
    thanks trut mdoakan bersama aima..
    mg mhligai bahagia yg dibina Jiha itu berkekalan hingga syurga..=)

    ReplyDelete
  3. aima layak merasa cinta Adam itu...
    not your fault... kita hamba yg terikat dengan takdir Allah.. sbb Allah tahu apa yg terbek utk hambanya...
    el doakan aima cpt dikurniakan anak2 yg cumel2 bt pngikat ksih aima n yean..
    p/s: so touching la.. ada bakat... feel like crying =(

    ReplyDelete
  4. thanks el..
    coretan hati pengubat rindu..
    biarlah semuanya jd titipan sejarah silam..
    hidup x slalu indah, tp yang indah tetap hidup dlm kenangan..

    ReplyDelete