Bismillahirahmanirahim..
Perjalanan Hidup x pernah sunyi dari ujian Tuhan |
Hidup sememangnya tidak selalu indah. Walaupun hari-hari diulik bahagia, kadang2 bila sendirian, kita kn berfikir suatu masa dulu, kita pernah menangis. Dan ketika saya menangis, saya tidak lupa bahawa pada suatu masa dahulu saya pernah ketawa. Saya menderita menanggung sengsara dan ketika saya kesakitan, saya tidak lupa bahawa Allah telah banyak berbuat baik kepada saya. Tidak terhitung oleh diri ini yang hina lagi lemah.
Saya hidup hari ini, kerana apa yang telah saya lakukan pada hari kelmarin. Dan hari esok, terserah kepada apa yang saya lakukan pada hari ini.
Semalam adalah suatu sejarah yang tidak akan berulang lagi. Walaupun sejarah itu mengajar kita berlari lebih laju, atau melompat lebih tinggi, namun sejarah tidak mungkin akan dapat mengubah apa-apa pada hari esok. Apa yang paling penting adalah usaha dan iltizam kita pada hari ini. Belajar dari kesilapan dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik. Menjadi Muslim yang terbaik. Menjadi 'bintang' yang paling terang 'kemilaunya' di hadapan Sang Pencipta. Apa yang manusia suka, belum tentu disukai Allah. Tapi apa yang Allah cinta, pastinya dicintai seluruh manusia. Dengan itu, berusahalah untuk melaksanakan segala suruhan-Nya dan jauhilah segala larangan-Nya. Semoga dicintai Allah.
Jaga hubungan sesama manusia dan begitu juga hubungan dengan Allah. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas. Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Sentiasa bersikap positif dan optimis. Jangan biarkan diri sendiri hancur dan musnah kerana kebencian dan kata-kata nista manusia lain. Janganlah bersedih andai diri tidak disayangi makhluk bergelar manusia, namun bersedihlah andai diri tidak disayangi Allah.
Biar sejuta manusia membenci, asalkan Allah mengasihi. Berbahagialah. Mungkin realiti kebahagiaan itu terlalu pahit buat kita di dunia, mungkin ia bukanlah seindah impian kita, namun mudah-mudahan, kebahagiaan hakiki di negeri abadi kelak menjadi milik kita. InsyaAllah.
~zaujah abg^_^
No comments:
Post a Comment