Bismillahirahmanirahim..
Tatkala hati berbisik, jari mula menari rancak membariskan untaian bait2 bicara..ya, hati ini sedang berduka. Bukan lagi sebak yg kutahan, namun airmata menjadi teman..puas ku seka airmata yg mengalir, namun bagai tiada hentinya..perit, sebak dada dengan esakan yg makin menjadi-jadi..
Tuhan, mengapa mehnah yang kau hamparkan tak pernah surut dlm hidupku?? hati menangis, jiwa terasa pedih yg amat..aku terluka dgn kata-kata insan yg aku cintai..insan yg terlalu hampir dlm hidupku..insan yg selalu dekat di hati sejak aku kecil..aku sanggup korbankan apa saja tuk insan kesayanganku, tapi kenapa semuanya bagai x kena..maafkan diri ini..='(
Tika bahagia yang kuukir terlakar indah, tatkala cinta yang kusemai berputik mekar, ujian Tuhan datang menjengah..bertalu-talu kurasakan..lemah menggamit, hingga aku terduduk dan menangis..aku pujuk hati sendirian..ya, ujian tuhan tak kan pernah berhenti tuk singgah dlm hidup hamba pilihanNya..kenapa perlu menangis aima?kenapa perlu merintih menyalahkan takdir? Lihat ke dalam diri aima, cari mana silapnya, mana salahnya diri sendiri..Aima Nazihah, Tuhan tak pernah zalim pada hambaNya..percayalah, percaturan yg Dia aturkan ada sebabnya..Tuhan itu Maha Adil..tiap yg jadi tidak pernah dgn sia-sia..
Aku selalu ingatkan hati.."Tenanglah wahai hatiku syg, Allah sedang melihat kesabaranmu..Allah tengah menguji takat imanmu"..tapi, aku hanya hamba kerdil disisinya..hidup ini tak pernah lari dari tangisan..aku hawa yg lemah, berpaut di dahan kasih sayangNya yang rapuh..
Namun, kesal yang cuba mengetuk pintu hati ku buang ke tepi..jauh-sejauhnya..aku tak ingin gusar bertapak dlm jiwa ini..pergilah duka, pergilah derita..aku tak mahu semua yg berlaku menghakis bahagia yg terhampar..dia sentiasa di sisi..jasadnya jauh memisahkan aku dan dia, namun namanya tergenggam erat utuh di hati..penenang hati tiap kali duka bertandang..abang, ema rindukan abg..ema nak abg..pls, i need your shoulder rightnow='(
Tuhan, ampunkan hambaMu yg hina ini..andai mehnah ini rentetan dari dosa-dosa lalu, aku redha..aku terima..Namun Kau kurniakan aku kekuatan tuk menghadapinya..aku ingin mnjadi mukminah yg kuat jiwanya, tak mudah rapuh imannya..tetap tegar dgn ujian yg cuba membingkis perjalanan sisa-sisa hidupku..
Buat insan2 yang terlalu istimewa dlm hidupku, maafkan diri ini andai tak mampu mjadi yg terbaik tuk kalian..namun janji hati ini, diri ini akan perbaiki diri sebaik mgkin pd hari2 mendatang andai hayat masih terkandung badan..
No comments:
Post a Comment