Ya Rabb..

Ya Rabb..

Friday, September 24, 2010

Membina rumah tangga syurgawi

~love u forever and ever~
Salam ukhwah untuk semua..

Hari ni saya nk berkongsi lagi 10 tips membina syurga dunia antara suami isteri..mcm penceramah bebas la plak kn..hehe..(tapi klu nk tau, suami sy mmg layak dpt gelaran tu, sbb klu dia berkata2, aduhai mmg terpaku..kagum sgt dgn kata-katanya yg slalu memotivasi diri)^_^

Kita sambung lg 10 tips membina rumah tangga syurgawi :

11. tidak lokek dengan kata-kata pujian tanda kita menghargainya
12. memberi hadiah
13. membantu pekerjaan dalam rumah tangga
14. memberi perhatian kepada keluarga mentua
15. memujuk pasangan apabila dia sedang beremosi
16. mengambil berat ketika dia sakit
17. meminta pertolongan dgn cara yang baik
18. berpada dan reda dengan apa yang ada, pemberian pasangan
19. berhias
20. berakhlak mulia ( diri kita cermin peribadi untuk pasangan)

Shbt2, selain tu, saya juga ingin berkongsi beberapa pantang larang dlm hubungan suami isteri :
  • berlebih-lebihan dlm memberi gambaran dan pujian yang mengiurkan tentang org lain
  • melontarkan kritikan pedas dan tdk menghargai pendapat pasangan
  • mencela usaha dan kebaikan yang dibuat olehnya
  • mengangkat suara dengan keras
  • membazir-bazir harta pasangan
  • mengungkit-ungkit pemberian
  • menyambut kedatangan pasangan dgn pelbagai ungkapan masalah
  • isteri menampakkan auratnya pada lelaki lain..(ingt, akaun kita milik suami, kecian suami pnt2 cari nfkah, istri plak dok debit dosa dlm akaun suami)
  • membocorkan rahsia rumah tangga
  • berdusta
Sekadar perkongsian, jika kita seorang isteri, hargailah suami walau bagaimanapun keadaanya. cukuplah dgn apa yang mampu dia berikan dan jgn sekali-kali meminta apa di luar kemampuannya..

Hm, Teringat kata-kata yang terlalu indah daripada suami, yang membuatkan hati saya sebak dan terharu..Sampai sekarang, kata-kata itu sentiasa terngiang-ngiang..Saya genggam erat2 dlm kamar hati..

"Kalau handsome yang darling pinta dr abg, abg x mampu nak beri sbb abg bukannya seorang yg kacak atau encem..kalau kekayaan yang darling nak, abg juga x mampu nak bagi, sbb abg bukanlah businessman yang kaya raya, abg hanya sekadar penjawat awam biasa..TAPI...kalau KEBAHAGIAAN yang darling harapkan dari abg, insyaAllah abg janji kebahagiaan sepenuhnya yang darling kan dapat dari abg.."

~Sebak dan terharu..terima kasih abg..ema janji di atas tilam yang empuk mahupun di atas tikar yang kasar, kita akan duduk bersama, mengemudi bahtera rumahtangga ini sampai bila-bila~

Dan jika kita adalah seorang suami, tiada resepi paling berkesan utk bahagia melainkan kita mendekati ajaran agama dan memimpin seisi keluarga ke arahNya. moga cintamu berkekalan hingga ke syurga..

wallahualam..~zaujah abg

2 comments:

  1. seronok tgk aima and husband.. heheh sweet gtu!

    thanks for sharing the reminder.. peringatan untuk semua... ^_^

    ReplyDelete
  2. sme2..sekadar mengingatkan diri sndiri yg kdg2 leka..
    nway thanks nani^_^

    ReplyDelete